1 May 2012

MIRACLE OF SUNNAH THERAPY

 
Pondok Bacaan
                        MIRACLE OF SUNNAH THERAPY ( RAHSIA DI SEBALIK REALITI)
                                                                                                Dr. Jaffry Hassan

Di dalam menjalani kehidupan ini, kita melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh segala-galanya setiap hari. Namun adakah kita terfikir sama ada segala yang kita alami itu adalah reality atau ilusi? Apabila dikaji daripada sudut saintifik, segalanya apa yang kita alami itu hanyalah semata-mata interpretasi yang berlaku di dalam otak. 
Semasa kita melihat, cahaya masuk melalui mata hingga ke retina sahaja, ia tidak sampai ke otak. Otak kita hanyalah terletak di dalam tempurung kepala yang amat gelap, tidak ada sedikit pun cahaya yang dapat sampai secara terus ke dalam otak kita. Sebenarnya, otak hanyalah menterjemahkan isyarat cahaya yang telah diubah kepada isyarat elektrik dedenyut, lalu akan terpancarlah segala imej-imej yang dilihat oleh mata.

Begitu jugalah dengan segala apa yang kita alami melalui pendengaran, perasaan, sentuhan dan bau-bauan, semuanya isyarat-isyarat itu hanyalah semata-mata isyarat yang telah diubah kepada isyarat elektrik dedenyut lalu diterjemahkan oleh otak kita. Menyedari akan perkara ini, seandainya otak kita itu boleh dialihkan / dipindahkan ke dalam satu kotak yang lain yang tertutup rapat, lalu ke semua isyarat-isyarat elektrik yang mewakili apa yang kita lihat, dengar hidu, rasa dan sentuh, maka kita akan melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh sama seperti sebelum otak kita dipindahkan.

Satu persoalan yang timbul daripada penjelasan di atas ialah jika bukan mata yang melihat, siapakah yang melihat? Jika bukan telinga, hidung, mulut dan kulit masing-masing mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh. Siapakah yang sebenar yang mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh? Tentu sekali jawapannya ialah ‘ROH’ dari Maha Penciptaan yang Maha sempurna.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...