29 May 2012

PELAKSANAAN UJIAN SARINGAN KHAS LINUS KOHORT 2 TAHUN 2

MURID TAHUN 2  (2012)

 Pada 17 Mei 2012  hari Khamis , Ujian Saringan Khas LINUS Tahun 2 Kohort 2 telah dilaksanakan dan seramai 35 orang murid tahun 2 telah menduduki saringan tersebut.

MURID TAHUN 2 BERSAMA PK. PENTABIRAN  DAN GURU LINUS 2012

Pelaksanaan ujian  saringan ini telah dijalan selama 1 jam,  murid akan  menjawab soalan instrumen tersebut iaitu 30 minit (8.00 - 8.30 pagi) untuk Ujian Saringan Khas Literasi dan 30 minit (9.05 - 9.35 pagi) untuk Ujian Khas Saringan Numerasi .

KP. BM dan Guru Literasi membuka kertas soalan Saringan sambil diperhatikan oleh FasiLINUS

KP. BM dan FasiLINUS memastikan bilangan Instumen mencukupi

Sepanjang ujian saringan ini berlangsung , FasiLINUS daerah Tawau Cik. Hjh. Ramlah Bt. Alui telah memantau pelaksanaan ujian saringan khas tersebut.Selain itu, pihak pentabir sekolah juga  turut memantau pelaksanaan ujian saringan khas ini dan dibantu oleh Ketua Panitia Bahasa Malaysia dan Ketua Panitia Matematik.

Guru Numerasi membuka Instrumen

Guru Numerasi menandatangani Borang  Kawalan Khas Saringan

FasiLINUS daerah Tawau Cik. Hjh. Ramlah Bt. Alui

En. Suhaidi B. Hj. Adinin Penolong Kanan 1

Murid Tahun 2 telah menduduki Ujian khas Saringan Linus ini di Kelas Tahun 1 . Keadaan kelas yang selesa dan pencahayaan yang sesuai menyebabkan kelas Tahun 1 ini dipilih untuk pelaksanaan ujian ini.

Instrumen Literasi

Instrumen Literasi

Instrumen Numerasi

Instrumen Numerasi

Selesai murid menjawab soalan Ujian Saringan Khas LINUS tersebut , guru - guru LINUS sibuk memeriksa jawapan yang telah diberikan oleh murid. Selepas ini, guru LINUS akan meng 'key in' data saringan tersebut pada tapak SAPS  dan Setiausaha Peperiksaan Pn. Ruslinah Bt. Idzsang akan mengsahkan data tersebut.

Guru Numerasi memeriksa instrumen Numerasi

Guru Literasi memeriksa instrumen Literasi

Jawatan kuasa Program LINUS SK. Batu Payong merakamkan jutaan terima kasih kepada FasiLINUS Cik. Hjh. Ramlah Alui, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Ketua Panitia Bahasa Malaysia, Ketua Panitia Matematik, Semua Guru Tahun 1 ,Semua Guru , dan mereka yang terlibat secara lansung ataupun tidak kerana menjayakan pelaksanaan Ujian Saringan Khas LINUS Tahun 2 Kohort 2 dengan jayanya.

Catatan Laporan ;
Penyelaras LINUS
SK. Batu Payong , Tawau
2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...