3 May 2012

DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2


DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MALAYSIA

Maksud Didik Hibur 
Satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur yang terancang dan bersistematik dengan penekanan pelaksanannya  terhadap empat kompenan sastera  iaitu ;
 a) nyanyian
 b) bercerita
 c) lakonan
 d) puisi

Ciri - ciri Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ;
a) Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan ~ kelakar, kecindan, berunsur estetika, alunan muzik, lakonan dan sebagainya.
b) Santai dan menghiburkan.
c) Kepelbagaian aktiviti dan BBM .
d) Penglibatan murid 100%
e) Menjurus  kepada aktiviti individu/ berpasangan/ kumpulan
f)  Kebebasan bersuara, memberi pendapat  dan idea secara terkawal.
g) Kreativiti dalam gerak laku dan mimik muka.

Peranan Guru Dalam Melaksanakan Unsur Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
a) Guru yang mesra, menarik perwatakan dan kecindan.
b) Penggunaan bahasa yang sesuai.
c) Berupaya dan mampu melakukan pelbagai aktiviti.
d) Memberi arahan yang mudah dan tepat.
e) Prihatin dan peka.
f) Fleksibel dan berkebolehan membuat keputusan.

Kejayaan didik hibur secara berkesan  bergantung kepada aktiviti yang dirancang dan bagaimana ia dilaksanakan  dalam  pengajaran dan pembelajaran.

Catatan perkongsian ilmu;
Jamilah Dullah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...