29 May 2012

Cerita Tentang Kita ( Selamat Hari Guru ) Siri 2



Nilai suatu persahabatan dilihat daripada ketulusan hati  dan kesediaan berkorban demi orang lain. Menjadi sahabat di kala senang adalah perkara yang biasa dan mudah kerana siapa pun dapat melakukannya. Tetapi menjadi sahabat di kala susah adalah sesuatu yang lebih bermakna dan menjadikan nilai sebuah persahabatan itu tinggi nilainya.

Menurut Richard Exley ( 2002) " sahabat sejati adalah orang yang sanggup mendengar dan mengerti ketika kita mengungkapkan perasaan yang paling dalam. Dia juga menyokong ketika kita sedang berjuang, menegur dengan lembut dan penuh kasih sayang ketika kita berbuat salah dan tidak menyalahkan sekiranya kita gagal. Seorang sahabat yang sejati memberi semangat bagi perkembangan peribadi , mendorong memaksimumkan potensi kita sepenuhnya. Dan yang paling menakjubkan , dia juga akan meraikan kejayaan kita seolah-olah kejayaannya sendiri".

Dalam sebuah persahabatan atau hubungan dalam pasukkan,kita akan membina hubungan melalui komunikasi yang berkesan , menurut Greg Vance " komunikasi yang berkesan bermakna persefahaman secara sukarela (mutual understanding)".

Justeru itu, Micheal LeBoeuf telah mengemukan Enam Perkataan Yang Paling Penting dalam sebuah persahabatan atau hubungan  dalam bukunya Getting Results. Kata - kata tersebut adalah kata - kata "terbaik"  yang membina hubungan dan persefahaman iaitu ;

1) Enam perkataan yang paling penting dalam bahasa kita adalah " Saya mengaku bahawa saya melakukan kesilapan".

2) Lima perkataan yang paling penting dalam bahasa kita adalah " Anda melakukan kerja yang baik".

3) Empat perkataan yang paling penting dalam bahasa kita adalah " Apakah agaknya pandangan anda".

4) Tiga perkataan yang paling penting dalam bahasa kita adalah " Marilah kerja bersama-sama ".

5) Dua perkataan yang paling penting dalam bahasa kita adalah " terima kasih".

6) Satu perkataan yang paling penting dalam bahasa kita adalah " Kita".

 Kesimpulannya, mari kita renungkan dan fikirkan " Sudahkah kita menjadi sahabat yang sejati pada orang lain dan siapakah sahabat sejati kita yang hingga ke hari ini?". Walaupun di mana kita berada mereka yang berada di persekitaran kita itu ' sahabat sejati' dan ' pasukan kerja yang jitu' dalam membawa kita meraikan kejayaan yang cemerlang.


Catatan Perkongsian Ilmu :
Jamilah Dullah



2 comments:

  1. Betul....setuju dengan perkongsian ilmu yang disampaikan...wlpn menjadi sahabat sejati tidaklah semudah mengungkapkannya...tetapi kita boleh sentiasa berusaha ke arah itu untuk kesejahteraan bersama...tahniah Mila...satu peringatan yang bermakna...

    ReplyDelete
  2. Jendela Hati dalam wajah-wajah ini wujud suatu komunikasi yang amat bermakna... Bukan peringatan tetapi perkongsian bersama... Kita bersama-sama bersyukur kerana diberi peluang olehNya mengenali satu sama lain....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...