24 August 2013

PROGRAM MOTIVASI MATEMATIK 2013

Program Motivasi Matematik
"Teknik Menjawab Soalan UPSR"


Anjuran : Kelab Sains dan Matematik
Tempat : Makmal Komputer
Tarikh : 24.8.2013 (Sabtu)
Penceramah : En. Mohamad Noor (PK HEM SK Kinabutan Tawau)


KASIH SAYANG GURU

Gambar hari ini
"Mendidik Dengan Penuh Kasih Sayang"



DALAM KENANGAN "CIKGU DUHANIS @ JOANNES BIN KROPONG"


Dukacita dimaklumkan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK batu payong, CIKGU DUHANIS @ JOANNES BIN KROPONG telah meninggal dunia pada 17/07/2013 (Rabu) sekitar jam 7:00 pagi (Hospital Besar Tawau). 

Mendiang sehari sebelumnya tidar sedarkan diri di pejabat sekolah sebelum dikejarkan ke Hospital pada waktu tengahari tersebut. 

Sepanjang bertugas di sekolah ini, mendiang merupakan seorang pemimpin yang disayangi oleh semua warga sekolah kerana sifat mendiang yang peramah. Mendiang juga sentiasa menunjukkan sifat kecindan dan kasih sayangnya kepada murid-murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah ini.

Perginya seorang ketua, guru dan sahabat yang paling baik. Segala jasa, pertolongan dan tunjuk ajar akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

~ Dalam Kenangan ~ 
CIKGU DUHANIS @ JOANNES BIN KROPONG 
(Mantan Penolong Kanan HEM SK Batu Payong)

PROGRAM MENITI PUNCAK

Program Meniti Puncak
Anjuran Sains dan Matematik
Peringkat Pelajaran Daerah Tawau


Lokasi : Hotel De Choice Tawau
Tarikh : 9 Julai 2013
Masa : 8:00 - 5:00 Petang






PEMANTAUAN PEGAWAI 3PK SABAH KE SKBPT 2013

Pemantauan Pegawai 3PK Sabah ke SK Batu Payong Tawau


Dari Kiri : Cikgu Mariani (Guru Pemulihan SK Melodi), En. Abdul Maid (Guru Besar SK Batu Payong) dan En. Abdul Raud (Pegawai 3PK Sabah)


PERTANDINGAN PINTAR BACA MURID-MURID PEMULIHAN 2013

Pertandingan "Pintar Baca"
Murid-murid Linus dan Pemulihan
2013
Anjuran : Guru Praktikum (Otomie & Ellen)
Lokasi : Pusat Sumber
Tarikh : 16 Julai 2013
Masa : 8:00 - 11:00 Pagi


















LAWATAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1

Lawatan Timb. Menteri Pendidikan 1 
Puan Mary Yap Kain Ching
ke SK Batu Payong Tawau






JALAN RIA 10,000 LANGKAH 2013

 JALAN RIA 10,000 LANGKAH 2013
Murid-murid SK Batu Payong Tawau
Tahun 2013

"Lokasi dari Perkarangan Sekolah menuju ke Kampung Batu Payong"




1 August 2013

JAMUAN PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM PISMP BAHASA MELAYU 2013

Selepas meraikan perpisahan buat guru PISMP praktikum pemulihan minggu lalu, hari ini bertempat di Bilik Gerakan sekolah sekali menyaksikan sebuah lagi majlis perpisahan buat 3 orang guru praktikum PISMP Bahasa Melayu.

Ini merupakan praktikum Fasa Pertama buat ketiga-tiga mereka yang selama satu bulan di sekolah ini di bawah bimbingan cikgu Ruslinah, cikgu Rosneh dan cikgu Mazlan. 

Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala jasa yang disumbangkan buat pelajar-pelajar sekolah ini dalam meningkatkan lagi prestasi akademik Bahasa Melayu pelajar-pelajar sekolah ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...