29 July 2022

Bacaan Yassin dan tazkirah sempena Awal Muharram 2022

 29 JULAI 2022 | JUMAAT

Bacaam Yassin dan tazkirah ringkas sempena sambutan ‘Awal Muharram’ SKBPT 2022.

Selamat menyambut tahun baru. Semoga kita azam berubah ke arah yang lebih baik.










Pertandingan Senam Sihat sempena minggu sihat “HepiLi” SKBPT 2022

 29 JULAI 2022 | JUMAAT

Pertandingan Senam Sihat sempena sambutan sambutan minggu sihat “HePiLi” peringkat negeri Sabah 2022.

Penyertaan SKBPT diwakili oleh 6 orang murid tahun 1 telah dikelolakan oleh Kelab Doktor Muda SKBPT yang dibimbing oleh cikgu Mudzlineh Samir.

Semoga berjaya anak-anak SKBPT.




25 July 2022

Selamat datang Penolong Kanan Pentadbiran baru (Encik Abelto @ Mohd Afif bin Atawi)

 25 JULAI 2022 | ISNIN

Selamat datang kepada Encik Abelto @ Mohd Afif bin Atawi ke SK Batu Payong sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang baru.

Semoga dengan kehadiran tuan, akan dapat memacu kejayaan yang gemilang buat seluruh warga SK Batu Payong Tawau.

Selamat bertugas.


19 July 2022

Penyampaian hadiah dan sijil Kepada pemain Kriket SKBPT

 19 JULAI 2022 | SELASA

Penyampaian hadiah dan sijil kemenangan   oleh Guru Besar kepada pemain kriket sekolah yang telah mewakili MSSD TAWAU ke kejohanan kriket MSS SABAH.


Pemain kriket telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat KE 2 dalam Kejohanan MSS negeri sabah 2022  Tahniah diucapkan.


Pemain kriket 

1. Sharizan azmi

2. Sharin afendy


Adik Sharizan Azmi terpilih untuk mewakili negeri SABAH ke kejohanan kriket Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2022 yang akan di adakan pada 04- 07 sept 2022 di negeri Kelantan Darul Naim.


Tahniah dan semoga berjaya.






18 July 2022

Penyampaian pingat dan sijil penghargaan kepada Atlit Olahraga SKBPT

 18 JULAI 2022 | ISNIN

Majlis penyampaian pingat dan sijil penghargaan oleh Guru Besar kepada semua atlit dan barisan jurulatih yang mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Sukan Olahraga Zon Apas Tawau baru-baru ini. Tahniah diucapkan.


🥇Emas lompat jauh (L) - Nasrul Aiman

🥇Emas lompat jauh (P) - Dina

🥈 Perak 200m (L) - Nasrul Aiman

🥈 Perak lompat jauh (P) - Syazwana

🥈Perak 80m Lompat Berpagar (L) - Khalid

🥈Lompat Tinggi (L) - Safwan

🥉Gangsa Lontar Peluru (P) - Munirah

🥉 Gangsa Lompat Jauh (L) - 

🥉Gangsa 4x200m (L) - Khalid/Nasrul/Safwan/Rasdiashah.

















8 July 2022

SKBPT Tempat Ketiga keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Zon Apas Tawau

 8 JULAI 2022 | JUMAAT

Tahniah dan syabas diucapkan!

Alhamdulillah. SK Batu Payong telah Tempat Ketiga keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga Zon Apas Tawau yang diadakan pada 5 hingga 6 Julai lalu.

Tahniah peserta SK Batu Payong. Kita nampak kerdil, tapi kita bawa pulang banyak pingat. Sesuatu yang luar biasa hebat nya. Tahniah !!! Tahniah syukur !!!

“Diam-diam banyak isinya”.

🥇Emas lompat jauh (L) 

🥇Emas lompat jauh (P)

🥈 Perak 200m (L)

🥈 Perak lompat jauh (P)

🥈Perak 80m Lompat Berpagar (L)

🥈Lompat Tinggi (L)

🥉Gangsa 4x200m (L)

🥉Gangsa Lontar Peluru (P)

🥉 Gangsa Lompat Jauh (L)

Terima kasih buat barisan jurulatih hebat cikgu Asri, cikgu Said dan cikgu Sharifah serta semua warga SKBPT yang sentiasa memberi sokongan moral buat semua peserta. 

Semoga pasukan olahraga SK Batu Payong terus maju jaya. Tahun depan kita target juara. Insha Allah. Semangat terus bersemangat !!!





















6 July 2022

Tandas di bawah bangunan D telah siap sepenuhnya

6 JULAI 2022 | RABU

Alhamdulillah. Tandas di bawah bangunan D telah siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh semua warga SKBPT bermula hari ini.

Pihak PIBG sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma samaada dari segi sumbangan kewangan, tenaga mahupun sokongan moral dalam projek ini.

Jutaan terima kasih buat usaha PIBG sekolah..











Tandas di bawah bangunan D telah siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh semua warga SKBPT bermula hari ini.

Pihak PIBG sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma samaada dari segi sumbangan kewangan, tenaga mahupun sokongan moral dalam projek ini.

Jutaan terima kasih buat usaha PIBG sekolah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...