27 February 2019

TERIMA KASIH SUMBANGAN IBU BAPA 4 AMANAH


Sebahagian ibu bapa yang hadir memberi sumbangan ikhlas “4 buah rak buku” kepada guru kelas tahun 4 Amanah.
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan ikhlas ini demi keselesaan pembelajaran anak-anak didik kita.






25 February 2019

TAHNIAH BUAT ADIK DAYANG ABBY


Sekalung tahniah buat adik Dayang Abby atas kejayaan merangkul 1 Emas dan 1 Perak sekaligus dinobatkan sebagai Olahragawati MSSZA Kali ke-7 tahun 2019.



23 February 2019

KEM BESTARI SOLAT (SIRI 1) 2019


Kem bestari solat siri 1 (2019) telah berjaya dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas dengan objektif utamanya adalah :

Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah.





































21 February 2019

PROGRAM TITIAN KASIH SIRI 1 (2019) KELAS PEMULIHAN KHAS



Program Titian Kasih merupakan sebuah perjumpaan Khas bersama waris murid-murid Pemulihan Khas yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis, mengira.

Matlamat Program ini adalah untuk memastikan semua ibu bapa penjaga prihatin dengan prestasi pembelajaran anak-anak di rumah dengan harapan kesemua murid Tahap 1 berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi seawall tiga tahun d sekolah kecuali murid bekeperluan Khas. 

Sekalung terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan cikgu Murni Amboawi yang merupakan guru pemulihan SK Melati, merangkap Ketua Zon Pemulihan Khas Zon Merotai. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh semua ibu bapa yang hadir bagi mengeratkan lagi hubungan kerja berpasukan antara guru dan ibu bapa di rumaah.





































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...