11 November 2018

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH SITI ZANARIAH


Sebuah Majlis Perpisahan yang sederhana dan ringkas  telah diadakan bertempat di Mini dewan Restoran Warisan Ibu bagi meraihkan ustazah Siti Zanariah yang telah dipindahkan ke SK Batu 4 Tawau. Berderai air mata kasih sayang ketika salam menyalam perpisahan antara beliau dengan bekas rakan-rakan guru dan staf.

Mula bertugas di sekolah ini pada tahun 2013, beliau merupakan seorang ustazah yang penuh dengan ukiran senyuman tapi berhemah tutur
katanya dalam mengajar Pendidikan Islam kepada anak-anak didiknya

Seorang pendidik yang baik, dihormati dan sayangi oleh kakitangan, anak didik, ibu bapa dan guru-guru. Komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa memberikan pertolongan dalam setiap aktiviti sekolah.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Semoga berjumpa lagi Ustazah Zanariah. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan jasa puan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.





4 November 2018

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM (2018)


Majlis perpisahan yang ringkas, namum penuh bermakna buat enam guru pelatih yang akan menamatkan latihan pada penghujung bulan Oktober lalu. Sepanjang 3 bulan berkhidmat, banyak sumbangan dan jasa-jasa yang mereka taburkan untuk membantu para guru SKBPT menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah.

Terima kasih buat Nur Aimi, Noranizah, Eva Elvitah, Bibi Baizurah, Mathilda eisye, Nur Alia, Dayang, dan Zing Wen. Semoga terus berdedikasi menjadi seorang pendidik yang cemerlang kelak.


























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...