30 July 2018

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKUM (2018)

Warga SK Batu Payong mengalu-alukan kehadiran lapan orang guru pelatih dari IPG Kampus Tawau yang akan menjalani sesi praktikum selama 3 bulan di sini. 

Warga SKBPT akan memberikan sepenuh bantuan dan kerjasama sepanjang latihan pengajaran di sini. Selamat maju jaya dan semoga mendapat ilmu yang berguna dan pengalaman yang manis untuk dikenang. 


Mereka akan bertugas mulai 30 Julai hingga 26 Oktober 2018.


Dari kiri:

Nur Aimi Izzati (major: Pendidikan Islam)
Noranizah Saineh (major: Penddidikan Islam)
Eva Elvitah Jaukim (major: Pemulihan Khas)
Bibi Baizura badarudin (major: Sains)
Mathilda Eisey Richap (major: Pemulihan Khas)
Nur Alia Zainuddin (major: Sains)

Dua orang lagi guru praktikum daripada Opsyen Pendidikan Awal Kanak-kanak bakal hadir di sekolah ini pada awal bulan hadapan. 
"Selamat Mengajar"

PEMENANG KELAS BERSIH & CERIA BAGI BULAN JULAI (2018)


Unit Kebersihan dan kesihatan SK Batu Payong telah menetapkan tiga tujuan utama program ini antaranya ialah mewujudkan bilik darjah yang bersih, ceria serta bermaklumat, membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea, serta memupuk nilai-nilai murni  seperti bekerjasama, hormat-menghormati, dan tolong-menolong.

PEMENANG KELAS BERSIH DAN CERIA BULAN JULAI:

Pemenang tahap 1 = kelas 2 Amanah, 

Pemenang tahap 2 = kelas 4 Amanah. 

Semoga kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada kelas-kelas lain untuk turut sama berusaha menghasilkan kelas yang bersih dan ceria agar menjadikan suasana pembelajaran yang sihat dan kondusif.








28 July 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBPT (2018)


Kejohanan Merentas Desa tahun 2018 peringkat SK Batu Payong sekali lagi diselangi dengan turunnya hujan rahmat dan angin kuat. Namun ianya tidak memberi patah semangat untuk guru dan para pelajar meneruskan kejohanan ini.

Selepas aktiviti pemanasan badan dan senamrobik, peserta dilepaskan secara berperingkat dengan peserta perempuan dilepaskan terlebih dahulu. Jarak larian dianggarkan sejauh 3KM dan 10 peserta yang sampai awal bagi setiap kategori dikira pemenang.

Syabas buat semua. Kita berjumpa lagi dalam kejohanan Merentas Desa akan datang. Majulah sukan untuk negara.






































25 July 2018

BIMBINGAN KELAS TAMBAHAN (2018)


Sebuah Kelas bimbingan Tahun 6 yang diadakan secara berkala pada hari Rabu. Program ini adalah salah satu strategi dan usaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi UPSR terutama subjek yang kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.

Setiap guru akan menjadi mentor kepada seorang atau dua orang murid untuk memberi panduan tentang teknik menjawab soalan, memberi dorongan motivasi serta memastikan murid-muridnya sentiasa bersedia dan minat untuk belajar.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...