10 March 2017

PROGRAM JATI DIRI (SMART) 2017

"PROGRAM JATI DIRI (SMART) 2017"

Bagi merealisasikan pendidikan ke arah holistik, progresif dan bermoral Unit Bimbingan kaunseling dan Badan Disiplin SK batu payong telah menganjurkan Kem Jati Diri kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal mendudki UPSR tahun ini. 

Keberkesnan program jati diri yang dijalankan sebelum ini menjadi teras ke arah pembentukan modal insan bagi pelajar sekolah ini. Komitmen guru dan ibubapa menjadi teras kejayaan program ini. 








Sebagai kesimpulannya, program seumpama ini akan dapat:

1. Memberi ruang untuk peserta meluahkan perasaan
2. Menyediakan masa dan tempat untuk peserta menceritakan masalah
3. Mengubah corak pemikiran para peserta
4. Mengenal pasti masalah sebenar peserta sehingga mereka melakukan kesalahan displin
5. Untuk menerapkan nilai-nilai murni kedalam diri peserta

1 March 2017

SELAMAT DATANG PENOLONG KANAN BARU (PUAN NORIANI)


Pihak sekolah sekali lagi amat bertuah kerana menerima kedatangan seorang guru baru . Puan Noriani Manah merupakan seorang guru yang berasal dari Tawau dan sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Kanan HEM di SK Pasir Putih Tawau.

Beliau akan mengisi kekosongan sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum menggantikan Tuan Haji Ekbal Khaled yang telah berpindah bulan lalu.
Semoga kedatangan beliau ke sekolah ini akan memberi perubahan dalam aktiviti-aktiviti persekolahan kelak.

Selamat datang puan Noriani Haji Manah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...