30 August 2022

PROGRAM KEMBARA MERDEKA SKBPT 2022

30 OGOS 2022 | SELASA

[KEMBARA MERDEKA]

Alhamdulillah. Program KEMBARA MERDEKA SKBPT 2022 selesai melabuh tirai nya pagi tadi. 

Selesai senamrobik dan pemanasan badan di kawasan tapak perhimpunan, seramai lebih kurang 200 orang murid dan guru bersama-sama berarak mengibarkan jalur gemilang menuju ke Masjid Kg Batu Payong.

Setibanya di kawasan masjid, semangat merdeka anak-anak kian membara apabila bersama bergotong-royong membersihkan kawasan dalam dan luar . Kemuncak acara ini adalah penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil AJK Masjid sebagai simbolik kemerdekaan negara kita.

Sekalung penghargaan buat pihak polis yang sudi mengiringi dan menjaga keselamatan sepanjang jalan. Juga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ahli Jawatankuasa Masjid dan orang-orang kampung Batu Payong yang sudi bekerjasama membenarkan majlis ini dijalankan dengan jaya nya di sana.

Tahniah buat penyeralas program cikgu Lizawati dan semua guru-guru dan kakitangan sekolah

“Keluarga Malaysia, Teguh Bersama”



































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...