29 October 2022

Tahniah buat adik MUHAMMAD AISY RAYYAN

29 OKTOBER 2022 | SABTU

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) CARNIVAL
(SABAH STATE LEVEL)

Tahniah buat adik MUHAMMAD AISY RAYYAN BIN MOHD HAFIZ yang mewakili zon Apas dalam pertandingan “Spelling Competition State Level” sempena Karnival H.I.P peringkat negeri Sabah 2022.

Terima kasih buat semua guru-guru dan ibu bapanya yang membimbing adik Rayyan sehingga melangkah sejauh ini. 
Insha Allah tahun depan cuba lagi.











27 October 2022

Sambutan Ulang Tahun staf SKBPT yang lahir bulan Oktober

27 OKTOBER 2022 | KHAMIS

Majlis sambutan hari ulang tahun buat rakan-rakan guru SKBPT yang lahir pada bulan Oktober.

1. Ustazah Nurjanna 

2. Cikgu Valentina 

3. Cikgu Sharifah

❤️ Semoga sentiasa dirahmati Allah, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan kebahagiaan berkekalan serta dipanjangkan umur yang berkat. 

Selamat menyambut hari ulang tahun 🎊🎉







19 October 2022

Taklimat Generation End Game ( GEG )

 19 OKTOBER 2022 | RABU

Taklimat Generation End Game ( GEG ) oleh pegawai Kesihatan Daerah Tawau kepada semua murid tahap II.




18 October 2022

KARNIVAL PERMATA PEMULIHAN KHAS 2022

 18 OKTOBER 2022 | SELASA


[KARNIVAL PERMATA PEMULIHAN KHAS 2022] 

“Serlahkan bakatmu”.

Tahniah buat adik Norjana dan Mohd  Arifinkhairul Nizam yang mewakili SKBPT dalam Karnival Permata Pemulihan Khas peringkat Daerah Tawau 2022.

Karnival yang julung-julung kali diadakan ini ada bertujuan untuk mencungkil bakat murid-murid pemulihan khas yang jarang diberi peluang untuk mewakili sekolah.

Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti kuiz, logik matematik, merapal (membaca), bina perkataan (bijak nahu), nyanyian solo, cantumkan suku kata dan lain-lain lagi.

Walaupun tidak menang, semangat dan keseronokan yang dirasai itu sudah cukup untuk merasai sebuah pengalaman baru bagi murid-murid yang belakang ini. 

Tahniah sekali lagi buat kedua-dua murid ini.


























Lawatan Encik Mukattar ke SKBPT

18 OKTOBER 2022 | SELASA

Lawatan dan pemantauan oleh pegawai SISC+ PPD Tawau, Encik Mukattar bin Timbukkul ke SKBPT. 

Terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat.



17 October 2022

Sijil Kenaikan Pangkat kepada enam murid TKRS

 17 OKTOBER 2022 | ISNIN

Majlis peyerahan Sijil Penyertaan dan Sijil Kenaikan Pangkat kepada enam orang murid yang mewakili SKBPT dalam perkemahan KRS dan TKRS peringkat daerah Tawau pada 20-22 September lalu di SMK Pasir Putih Tawau.

1. Muhd Rasdianshah - pangkat Lans Koperal

2. Amirul Aiman - pangkat Sarjan

3. Nasrul Aiman - pangkat Sarjan

4. Aidil Pirdaus - pangkat Sarjan

5. Mohd Aleef - pangkat Koperal

6. Ahmad Rifa’i - pangkah Koperal

Tahniah buat semua yang mendapat kenaikan pangkat. 

Semoga terus maju jaya.








Tahniah buat adik Nur Ainul Zainab Fathia

 17 OKTOBER 2022 | ISNIN

Tahniah buat adik Nur Ainul Zainab Fathia bt Mohd Khairul yang mewakili SKBPT di Karnival Fun Fest sempena Hari Kanak-kanak sedunia Peringkat Daerah Tawau bertempat di SK Jambatan Putih pada hari Sabtu lalu.

Adik Nur Ainul Zainab mendapat JOHAN dalam pertandingan mewarna. 

Alhamdulillah.

Tahniah.



Sijil untuk wakil pertandingan Roket Air

 17 OKTOBER 2022 | ISNIN

Majlis peyerahan sijil penyertaan kepada adik Azwan dan Khaled yang mewakili SKBPT dalam pertandingan Roket Air yang dilangsungkan pada 28 september di SK Kuala Merotai yang lalu.

Mereka mendapat tempat kelima daripada 30 sekolah yang menyertai. 

Tahniah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...