17 August 2018

PROGRAM 'ENGLISH LANGUAGE WEEK' 2018



Sempena English Language Week pada 13 hingga 17 Ogos, Panitia Bahasa Inggeris SK Batu Payong telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik dengan objektif utama untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar untuk bertutur dan memahami bahasa kedua ini dengan lebih efisyen.

Semua pelajar dilibatkan dengan pelbagai permainan interaktif yang menarik seperti 'Spelling Bee', 'jigsaw listening, Mirror-mirror, Catch me if you can, tounge twister, dan Singing contest.










15 August 2018

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU SAUZANIH SULAIMAN


Sebuah Majlis ringkas bagi mengenang jasa cikgu Sauzanih yang akan berpindah sekolah di Kota Kinabalu. Cikgu Sauzanih mula berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2009. 

Sepanjang 9 tahun di sekolah ini, beliau lebih dikenali seorang pendidik yang tegas, berani, dan komited dalam setiap tugas yang diberikan. Seorang guru yang sentiasa disenangi oleh murid-muridnya, berkeyakinan tinggi, sentiasa berpakaian kemas, serta sentiasa mempamerkan kemesraan dengan semua guru, kakitangan, dan ibu bapa.

Semoga kecekalan dan kegigihan beliau di sekolah ini akan memberi sumber kekuatan baru untuk tugas yang lebih mencabar sebagai Guru Pra Sekolah di sekolah baru kelak. 

Semoga berjumpa lagi cikgu Sauzanih. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan tunjuk ajar sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah.

Putera paduka pasang pelita
Pelita dibawa pergi ke pekan
Berpisah jua akhirnya kita
Terkasar bahasa harap maafkan

Semoga berjumpa lagi cikgu Sauzanih. Warga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di sini.














9 August 2018

KARNIVAL SMART KIDS (BAKAT) PRA SEKOLAH ZON APAS TAWAU 2018


SK Batu Payong amat bertuah kerana menjad tuan rumah Karnival Smart Kids (Bakat) Pra Sekolah Zon Apas Tawau 2018. Pelbagai persiapan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah melalui kerjasama antara guru-guru, murid dan kakitangan sekolah bagi memeriahkan majlis ini yang julung julung kali diadakan.

 Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti:

'Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris'
'Pertandingan Deklamasi  Sajak'
'Pertandingan Hafazan Lelaki dan Perempuan'
'Pertandingan Tarian Etnik'
'Pertandingan Nyanyian dan Gerakan'

Berikut merupakan keputusan pemenang bagi setiap kategori:

PEMENANG PERTANDINGAN BERCERITA (BAHASA MELAYU)

JOHAN
ALLYSA HANZZ FRANZEY
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM KABOTA

NAIB JOHAN
NUR AMANY HUMAIRAH BINTI AMIRULLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYONG

KETIGA
AL-FATEH BIN INORA UTAMA
SEKOLAH KEBANGSAN KAMPUNG JAWA

PEMENANG PERTANDINGAN BERCERITA (BAHASA INGGERIS)

JOHAN
NURUL NADIRA NAJWA BINTI MOHAMMAD MASAWI
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 4

NAIB JOHAN
NURUL ELLIESYAH BINTI IBRAHIM
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TITINGAN

KETIGA
MUHAMMAD IZLAN ZULFADLI BIN ADNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYONG




















PEMENANG DEKLAMASI SAJAK

JOHAN
NUR AQILAH BINTI ISMAIL
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TITINGAN

NAIB JOHAN
MUHAMMAD ASHRAF SALI BIN NORMANSHAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG JAWA

KETIGA
NUR IRDINA BINTI SAMSUL
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYONG










PEMENANG HAFAZAN LELAKI

JOHAN
MUHAMMAD AHMAD ZAMZAIRIE
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TITINGAN

NAIB JOHAN
ASHRAF MARZUQI BIN SHAMSUDDIN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 4

KETIGA
AQILL IZZ SYAHMI BIN MOHD. PIRMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR

PEMENANG HAFAZAN (PEREMPUAN)
JOHAN
NUR JANNAH BINTI SAMAD
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAWAU

NAIB JOHAN
AMEERAH SOPHEA BINTI EVAN MAULANA SAKTI
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 4

KETIGA
NUR HIDAYAH FAIQAH BINTI PIRMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR















PEMENANG TARIAN ETNIK

JOHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR

NAIB JOHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TITINGAN

KETIGA
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAWAU

PEMENANG NYANYIAN DAN GERAKAN

JOHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KEM KABOTA

NAIB JOHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR

KETIGA
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYONG






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...