30 April 2019

PROGRAM CUCI TANGAN DENGAN 'HAND SANITIZER'


Sebuah program kesihatan yang dijalankan serentak di seluruh negara iaitu mencuci tangan dengan menggunakan Hand Sanitizer khusus untuk murid tahun 1. Seramai 44 orang murid tahun  1 diberikan Hand Sanitizer setiap orang. Selepas demo cara-cara penggunaan, murid serentak mencuci tangan dengan betul





29 April 2019

PROGRAM JIWA MURNI GOTONG ROYONG KAWASAN PANTAI


Program Jiwa Murni merupakan sebuah program gotong-royong membersihkan pantai anjuran TLDM bersama Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Payong. Kesemua guru-guru dan murid-murid Tahap II dilibatkan dalam program ini bagi bersama-sama membersihkan sekitar kawasan pantai.

Program selesai tepat jam 10 pagi. Tahniah buat semua pihak yang terlibat.






















26 April 2019

PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBPT (2019)

Tahniah buat semua peserta perkemahan pada tahun ini yang turut melibatkan murid tahun 3 buat julung kalinya. Perkemahan kali ini menampilkan kelainan antaranya seperti khidmat masyarakat membersihkan kawasan surau kampung.

 Selain ice breaking dan aktiviti berkumpulan, para peserta turut didedahkan dengan latihan "pemasangan jerat", cabaran "rempuh halangan" yang lebih hebat, serta aktiviti Cooperative Game, Sayang Si Buta, ketatanegaraan, Cergas Pagi, serta aktiviti ibadah yang menguji  ketahanan mental dan fizikal para pelajar.

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...