29 September 2022

Tahniah adik Nur Khairiah dan adik Sherwina

 29 SEPTEMBER 2022 | KHAMIS

Alhamdulillah. SKBPT mendapat lagi satu kebanggaan dalam Karnival Bahasa Melayu (KBM) 2022 yang di adakan di Dewan SMK Kinabutan II.

Dua wakil SKBPT telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat dalam acara yang dipertandingkan.


 Adik Nur Khairiah (6A) - “Dendangan Syair Sekolah Rendah” mendapat JOHAN


 Adik Sherwina (5B) - “Bercerita Tahap II” mendapat tempat KETIGA.

Johan Dendangan Syair sekolah rendah, adik Nur Khairiah akan membawa nama SKBPT-PPD Tawau ke peringkat negeri selepas ini. Tahniah. 

Doakan kejayaan buatnya dan guru pembimbing mereka iaitu cikgu Fatihah dan cikgu Rosneh.















MAJLIS PERPISAHAN (CIKGU Azreena Ameera Binti Azlan) @ cikgu Reena

29 SEPTEMBER 2022 | KHAMIS


MAJLIS PERPISAHAN (CIKGU Azreena Ameera Binti Azlan) @ cikgu Reena.

Sebuah majlis ringkas mengenang jasa cikgu Reena yang telah tamat berkhidmat sebagai guru ganti di SKBPT sebagai guru Pra Sekolah.


Cikgu Reena telah berkhidmat di sekolah ini selama 3 bulan menggantikan cikgu Syuile yang cuti bersalin


Selama berada di sekolah ini, beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi, prihatin, rajin dan baik hati dan disukai murid-murid pra Sekolah.


Semoga Cikgu Reena akan terus sukses di tempat baharu.

Majlis ini turut diselitkan dengan sambutan hari jadi cikgu-cikgu yang lahir bulan September iaitu cikgu Faisal dan ustazah Patimah serta pemberian cenderahati kepada cikgu Syuile yang selamat melahirkan seorang cahaya mata. 

Tahniah buat semua. 








28 September 2022

Tahniah Team Roket Air SKBPT

28 SEPTEMBER 2022 | RABU


Alhamdulillah team Roket Air SKBPT telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan pertandingan Roket Air Merdeka (STEM) peringkat sekolah rendah yang diadakan di SK Kuala Merotai Tawau.

Meskipun tidak memenangi sasaran, yang penting dapat menimba pengalan dan  mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan yang datang dari segenap daerah Tawau. 

Tahniah.










25 September 2022

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK BATU PAYONG TAHUN 2022.

25 SEPTEMBER 2022 | AHAD

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK BATU PAYONG TAHUN 2022.


SK Batu Payong Tawau (SKBPT), 25 Sept 2022. Yang Berbahagia Guru Besar SK Batu Payong, puan Maisah binti Limbot pada hari ini telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Perkhemahan Unit Beruniform SKBPT Tahun 2022.


Program yang bermula pada 23 September 2022 hingga 25 September 2022 ini diadakan di padang sekolah. Ianya disertai oleh 28 orang Guru Penasihat, serta 94 orang peserta daripada 4 unit beruniform iaitu Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dan Pengakap.

Sepanjang tempoh program perkhemahan, semua peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mempelajari kemahiran perkhemahan, Ilmu Ikhtiar Hidup, Pertolongan Cemas, Kawat Kaki, Program Kerohanian, permainan koperatif, dan Malam Kebudayaan.


Peserta juga berpeluang menjalankan aktiviti mencabar iaitu cabaran ‘jungle tracking’ yang julung-julung kali diadakan selama perkhemahan sekolah ini diadakan.

Kesemua aktiviti yang disediakan ini menuntut semangat kerja berpasukan, kekuatan jati diri, kecekapan pengurusan masa dan tahap disiplin yang tinggi di kalangan para peserta. 

Majlis penutupan turut dihadiri oleh kesemua guru-guru penasihat, staff sokongan, ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru, serta bekas pelajar-pelajar SKBPT.


Guru Besar semasa mengakhiri ucapannya, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan program ini terutama cabaran hujan lebat dan ribut yang melanda tapak perkhemahan pada waktu tengah malam tadi

.

Penghargaan turut diberikan kepada ibu bapa dan bekas pelajar SKBPT yang sudi datang membantu seperti memasak, mengawal peserta, serta menolong membersihkan kawasan sekolah.

Dan akhir kata, jutaan terima kasih juga kepasa semua yang terlibat samada secara lansung atau tidak lansung dalam melaksanakan program ini dengan selamat dan jayanya. 

Berjumpa lagi kita dalam program akan datang






















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...