9 December 2022

PENYAMPAIAN HADIAH BULAN BIJAK SIFIR

 9 DISEMBER 2022 | JUMAAT

[PENYAMPAIAN HADIAH BULAN BIJAK SIFIR]

Alhamdulillah, pagi Jumaat yang indah tadi diceriakan lagi dengan Majlis Penyampaian Hadiah bagi para pemenang dan peserta Bijak Sifir anjuran Panitia Matematik SKBPT. 

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar puan Maisah Limbot. Adik Shaza Adni (5B) terpilih murid bijak sifir yang cemerlang dan mendapat hadiah utama. Syabas. 

Tahniah dan syabas anak-anak.

Semoga menjadi pembakar semangat untuk lebih cemerlang dalam bidang Metamatik terutama sifir.

Jangan lupa Save gambar anak-anak ya. ☺️🥰




MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT HUJUNG TAHUN

 9 DISEMBER 2022 | JUMAAT

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT sempena hari terakhir persekolahan untuk tahun 2022. Semoga segala usaha dan ikhtiar kita sepanjang tahun ini diberkati oleh yang Maha Esa. 

Mudah-mudahan anak-anak didik SKBPT mendapat ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang berguna sepanjang pengajaran dan aktiviti yang kita rancang sepanjang tahun ini. 

Aamiin 

#kamisekolahts25



8 December 2022

SAMBUTAN HARI JADI MEGA SEMPENA HARI KANAK-KANAK

 8 DISEMBER 2022 | KHAMIS

[WARNA-WARNI SAMBUTAN HARI JADI MEGA SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SKBPT 2022]

Manisnya anak-anak SKBPT memperagakan pakaian yang bertemakan kerjaya dan cita-cita sempena Hari Kanak-kanak sedunia. 

Selain menyambut Hari Jadi murid pra sekolah hingga tahun 6, program pagi ini turut disajikan dengan pertandingan Nyanyian antara murid tahap I dan Tahap II. 

Terima kasih semua yang menjayakan program ini.

Pemenang Pertandingan Nyanyion Solo SKBPT sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2022.

[Keputusan TAHAP I]

🥇JOHAN- Adik Jackson (2A)

🥈NAIB JOHAN - Adik Firzana (1A)

🥉KETIGA - Adik Erin (3B)

🏵 SAGUHATI - Norhanisah (2B)/ Nurshahirah (2A)

[Keputusan TAHAP II]

🥇JOHAN- Adik Aiman (4B)

🥈NAIB JOHAN - Shahrizan (5A)

🥉KETIGA - Adik Dhayini (5A)

🏵 SAGUHATI - Norsakila (5A)/ Nurfatihah (5B)

Syabas buat semua pemenang. Kamu la SKBPT idol 2022. Terbaik.

Selamat menyambut Hari Kanak-kanak sedunia. Generasi kini, masa depan kita.


#kamisekolahts25

#kamisekolahts25




7 December 2022

LATIHAN FIRE DRILL

 7 DISEMBER 2022 | RABU

[LATIHAN FIRE DRILL]

Sekitar sesi Latihan ‘Fire Drill’ yang dilangsungkan pagi tadi di Tapak Perhimpunan sekolah. Program ini dijayakan oleh Unit Hal Ehwal Murid (HEM) melalui program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan).

Selepas mendengar bunyi siren kecemasan dan berkumpul di tempat selamat, murid-murid didedahkan kaedah mengawal dan memadam api dengan betul. 

Semua hadirin kemudian mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh cikgu Mohd Said Dullah dan semua guru-guru 3K.

Tahun depan kita akan menyaksikan demonstrasi yang akan dipersembahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 

Nantikan.

Keselamatan diri tanggungjawab kita bersama. Tahniah buat semua.

#kamisekolahts25



6 December 2022

Majlis Penyampaian Sumbangan Beg Sekolah oleh Shell Malaysia

6 DISEMBER 2022 | SELASA

TERIMA KASIH SHELL MALAYSIA.

Majlis Penyampaian Sumbangan Beg Sekolah oleh Shell Malaysia melalui Program CSR (Shell Corporate social Responsibility Programme) kepada murid-murid SKBPT yang terpilih.

Untuk makluman semua, SK Batu Payong merupakan satu-satunya sekolah di Tawau yang menerima sumbangan ini daripada 14 buah sekolah yang bertuah di seluruh Sabah. Alhamdulillah. Terima kasih diucapkan. 

Sumbangan disempurnakan oleh Pengerusi Shell Malaysia wilayah Timur, Miss Joyce dan turut serta dihadiri oleh semua  pengusaha-pengusaha Stesen Shell di sekitar daerah Tawau.

Terima kasih diucapkan. Semoga Shell Sabah terus maju jaya.



1 December 2022

[KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN OLAHRAGA SKBPT 2022 KALI KE-26]

1 DISEMBER 2022 | KHAMIS

[KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN OLAHRAGA SKBPT 2022 KALI KE-26]

Alhamdulillah. Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-26 akhirnya melabuhkan tirainya dengan dirasmikan oleh Datuk Lo Su Fui ahli P190 Parlimen Tawau. 

Sungguhpun diselangi perit panasnya pancaran matahari dan diselangi basahan hujan yang lebat, acara ini dapat diteruskan hingga ke akhirnya.

Warga SKBPT mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada barisan warga kerja SKBPT, ibu bapa, para penderma serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Mohon maaf juga andai ada nama yang tidak disebut di sini.

Kalah menang adat perlawanan. Yang penting ukhuwah dan silaturrahim dierat sama. Tahniah kepada pasukan rumah Hijau. Juara keseluruhan untuk Sukan Olahraga kali ke-26 sesi 2022 ini.



















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...