8 June 2018

PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA (2018)


Bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak ini,  Panitia Pendidikan Islam SKBPT telah melancarkan Program Ihya' Ramadhan yang bertempat di dewan Serbaguna. 

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Aizat Bisnu tentang kelebihan berpuasa. 

Pelancaran ini turut dirasmikan oleh Puan Hasmah Binti Hamzah, Guru Besar SK Batu Payong Tawau. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi melahirkan murid dan warga SKBPT yang mengimarahkan bulan Ramadhan dan sentiasa memanfaatkan waktu untuk beribadat kepada Allah SWT serta menyedarkan diri tentang adanya balasan baik daripada Allah dalam setiap usaha mendekatkan diri kepada-Nya.

Pihak sekolah juga telah menyalurkan sumbangan kepada murid yatim dan pelajar-pelajar miskin.























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...