28 February 2018

BENGKEL PDPC PEMBELAJARAN ABAD KE-21 SKBPT (2018)


Bengkel PdPC Abad ke-21 telah diadakan di sekolah ini untuk memberi pendedahan dan memperkasa guru-guru SKBPT dalam melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Kursus LDP tersebut dijalankan secara bengkel di mana semua peserta (guru dan pembantu pra sekolah) terlibat secara langsung dan aktif dalam mengaplikasikan setiap teknik PdP abad ke-21 yang dipelajari. Bengkel ini telah dikendalikan oleh pegawai SiSC+ iaitu Encik Mohd Said, Encik Adnan Abdul Rahman, dan puan Lena Anuar.










Antara aktiviti-aktiviti PDP abad ke-21 yang telah kami pelajari adalah:

All Write Round Robin
Numbered Heads Together
Give One, Get One
Carousel Brainstorm (kaedah KFC)
Think-Pair-Share
Mix-Pair-Share
2 Stay, 2 Stray










7 February 2018

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN (2018)


Bantuan Khas awal persekolahan (BKAP1M) telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin Bin Haji Kassim di dewan serbaguna SK Batu Payong pada 7 Februari lalu. BKAP1M bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

Pemberian BKAP1M walau bagaimanapun hanya layak untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja. Tahniah buat semua penerima.














5 February 2018

PROGRAM SEMAI SKBPT (2018)


Suasana Program SEMAI (Sepuluh Minit Asas Ilmu) yang dijalankan setiap hari bermula jam 6:45 pagi. Lokasi tempat membaca ini diadakan di tapak perhimpunan sekolah dengan suasana yang tenang.

Semoga budaya minat membaca akan dipupuk seawal usia di sekolah rendah ini.






PELANCARAN PROGRAM NILAM (2018)


Majlis Pelancaran Program Nilam Tambah Baik 2018 telah ditaklimatkan oleh Penyelaras Pusat Sumber sekolah cikgu Nur Fatihah dan dirasmikan sepenuhnya oleh Guru Besar Puan Hasmah Hamzah.

Antara objektif utama Program Nilam Tambah Baik 2018 ini adalah melestraikan budaya pembacaan berkualiti, serta penglibatan semua guru, murid, ibu bapa dan komuniti dalam pembelajaran abad ke-21 ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...