26 January 2022

Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Encik Zamri bin Hj Pehakan

 26 JANUARI 2022 | RABU

Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Encik Zamri bin Hj Pehakan ke SK Batu Payong pagi tadi.

Beliau dan rombongan diiring oleh puan Guru Besar puan Hasmah Hamzah meninjau keadaan keselamatan dan persekitaran sekolah. 















Warga sekolah mengucapkan terima kasih atas nasihat dan kunjungan hari ini.


25 January 2022

Pemantauan keselamatan daripada pasukan bomba

 25 JANUARI 2022 | SELASA

Pasukan bomba ditemani Penolong Kanan HEM membuat pemantauan keselamatan di sekitar kawasan sekolah.


17 January 2022

Sumbangan ikhlas kepada adik Daniel Hanafi

 17 JANUARI 2022 | ISNIN

Sumbangan ikhlas warga SK Batu Payong kepada adik Daniel Hanafi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Sumbangan disampaikan oleh guru besar, puan Hasmah Hamzah kepada ibu nya.


Semoga dengan sumbangan ikhlas ini dapat membantu adik Daniel Hanafi sekeluarga. Terima kasih buat semua penyumbang.


#kebersamaan

#sekolahts25

#kitajagakita

#NormaBaharu 

12 January 2022

Taklimat Ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah

 12 JANUARI 2022 | RABU

Murid  SK Batu Payong dibenarkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah bermula hari ini.

Penolong Kanan HEM, cikgu Mazlan memberikan taklimat kepada 10% bilangan murid yang bersetuju untuk membuat saringan di dewan serbaguna pagi ini.

Murid yang dipilih kemudiannya perlu mengemukakan hasil kepada pihak sekolah.








#sekolahts25

#kitajagakita

#NormaBaharu

10 January 2022

Hari Pertama Sesi Persekolahan penggal ketiga tahun 2021/2022 di SK Batu Payong

 10 JANUARI 2022 | ISNIN

Hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga tahun 2021/2022 di SK Batu Payong memperlihatkan murid dan pelajar bersemangat kembali ke sekolah.

Sentiasa patuhi SOP, jaga jarak dan terus bersemangat untuk belajar

















#sekolahts25

#kitajagakita

#NormaBaharu

9 January 2022

Projek akhir cikgu Sawiyah Kantoru

 9 JANUARI 2022 | AHAD

Projek akhir cikgu Sawiyah Kantoru sebelum meninggalkan SK Batu Payong dan bertugas di tempat baru. 

Terima kasih atas kenangan yang ditinggalkan. 

Semoga berjumpa lagi cikgu. 









#sekolahts25

#kitajagakita

#NormaBaharu

7 January 2022

MAJLIS PERPISAHAN : Cikgu Sawuyah Kantoru

 7 JANUARI 2022 | JUMAAT

Jamuan majlis perpisahan ringkas buat cikgu pra sekolah, puan Sawiyah Kantoru yang akan berpindah ke Kota Kinabalu.

‘Hujan-hujan baju basah,

Takut petir juga gempa,

Hari ini kita berpisah,

Esok moga kembali berjumpa’














Semoga berjumpa lagi puan Sawiyah. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jasa dan sumbangan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

#sekolahts25

#kitajagakita

#NormaBaharu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...