25 August 2017

PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA CALON UPSR SKBPT (2017)



Sebuah program suntikan semangat kepada adik-adik yang bakal menduduki UPSR tahun ini. Seramai 8 Graduan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bertandang ke SK Batu Payong bagi memberi ceramah motivasi sebagai persiapan menjelang peperiksaan yang bakal berlangsung pada 11-13 September ini.

Antara pengisian program adalah seperti latihan dalam kumpulan,slot motivasi,tayangan video dan aktiviti. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memupuk kemahiran insaniah dalam jiwa pelajar di samping dapat mempertingkatkan  kesedaran peranan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting dalam kerjaya mereka sebagai pelajar.










Semoga program ini bakal memupuk keyakinan diri pelajar serta kesungguhan untuk belajar ke tahap yang lebih tinggi. Warga SK Batu Payong mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan kesemua graduan ini. 
Tahniah.

24 August 2017

KARNIVAL BIJAK PRA SEKOLAH ZON APAS (2017)

KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH Zon Apas 2017 telah diadakan di SK Titingan Tawau. Pra Sekolah SKBPT telah menghantar beberapa wakil pelajar untuk menyertai pertandingan yang diadakan. Antaranya:

1. Futsal 'Smart Kick'
2. Bola Jaring 'Fun Ball'
3. Smart Speller (English)
4. Membina Ayat Mudah (Bahasa Melayu)

SK Batu Payong bakal menjadi tuan rumah untuk Karnival Bijak Pra Sekolah Zon Apas pada tahun 2018.

Cikgu Sauzanih bersama peserta bola jaring


Guru-guu pengiring bersama Penolong Kanan KOKUM Puan Noriani

Cikgu Sauzanih dan puan Irda bersama peserta pertandingan membina ayat mudah




Guru pengiring bersama peserta Smart Speller


Penyerahan sijil Penghargaan




DEKLAMASI SAJAK BULAN KEMERDEKAAN (2017)


Sebagai menyemai semangat cintakan negara dikalangan murid, Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan sebuah pertandingan sajak di kalangan murid tahap II sebagai menyemarakkan lagi semangat patriotik di bulan Kemerdekaan ini.

Bagi kategori lelaki, Adik Ezany Irfan daripada Persatuan Bahasa Melayu muncul juara, diikuti oleh adik Muhammad Zamarul dan adik Irsyaduddin di tempat kedua dan ketiga.

Manakala adik Intan Zulaikha muncul johan kategori perempuan. Tempat kedua adik Nurul Syuhada dan adik Batrisya di tempat ketiga. 

Sekitar gambaran pertandingan deklamasi sajak.

Cikgu Fatehah memberi arahan dan syarat pertandingan kepada semua peserta

Barisan hakim yang arif lagi bijaksana :)
Cikgu Said dan adik Sahrizan mempersembahkan nyanyian dan tarian pembukaan






















Syabas diucapkan kepada semua peserta yang tampil menonjolkan diri mendeklamasikan sajak masing-masing. Semoga program seumpama ini akan dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

23 August 2017

CERAMAH: KESAN DAN BAHAYA ROKOK KEPADA PELAJAR


Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Atas kesedaran ini, sebuah ceramah tentang bahaya merokok ke atas diri pelajar telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid bagi memberi pendedahan mengenai kesan dan bahaya rokok dalam kehidupan seharian.

 Ceramah ini disampaikan oleh Inspektor Stephen Buda AK Kiding, Pegawai Risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau.


Memberi taklimat kepada pentadbir sekolah
Cikgu Mudzlineh selaku Moderator yang berpengalaman

Inspektor Stephen Buda AK Kiding selaku penceramah jemputan petang ini.

Barisan pentadbir bersama pegawai Polis yang hadir

PK KOKUM memberi kata-kata aluan



Seorang pelajar tampil bertanyakan soalan

Guru Besar membuat rumusan ceramah pada petang ini.
Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas ceramah dan nasihat yang berguna kepada semua pelajar-pelajar SK Batu Payong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...