13 November 2017

AKTIVITI PERMAINAN TRADISIONAL SKBPT (2017)


Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada  pembangunan yang pesat.  

Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. 

Lantaran itu, jawatankuasa Ko-Kurikulum SKBPT bertindak untuk memperkenalkan permainan tradisional  kepada murid-murid tahap I dan Tahap II agar generasi ini menghargai khazanah permainan rakyat yang popular dimainkan ketika dahulu.





10 November 2017

PROGRAM JUAL BELI: Memupuk minat keusahawan ketika kecil


Melentur buluh biar dari rebungnya, perumpamaan sesuai digunakan kepada cikgu Mudzlineh Samir yang yang komited dalam usaha memperkasakan budaya keusahawanan dalam diri murid-murid melalui Program Jual Beli di bawah kelolaan Panitia Rekabentuk dan Teknologi.

Program aktiviti jual beli ini adalah pendedahan awal perniagaan dan kewangan di antara murid-murid yang berlangsung selama 3 hari  untuk Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Selain dapat memupuk semangat keyakinan diri, program seumpama ini juga dapat melahirkan idea yang kreatif melalui kerjasama semangat berpasukan dan toleransi antara setiap kumpulan yang mengambil bahagian.

Diharapkan dengan program seperti ini, dapat memupuk semangat silaturrahim sekaligus dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar mereka di luar kelak. 
Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam melaksanakan program tersebut.





















16 October 2017

MAJLIS PERPISAHAN: PUAN MATILDA OCTOPIANUS


Satu Majlis Perpisahan yang sederhana dan ringkas  telah diadakan pada hari ini, 16hb Oktober 2017 bertempat diBilik Gerakan SK Batu Payong bagi meraihkan Puan Matilda Octopianus yang telah berpindah ke SK Sentosa. 

Berderai air mata kasih sayang ketika salam menyalam perpisahan antara beliau dengan bekas rakan-rakan guru.

Mula mengajar di sekolah ini pada tahun 2014, beliau merupakan seorang pentadbir yang tegas tapi berhemah tutur katanya. 

Seorang pemimpin yang cerdik, dihormati dan sayangi oleh kakitangan, anak didik, ibu bapa dan guru-guru. Komited dalam menjalankan tugas dan sentiasa turun padang memantau setiap aktiviti.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Semoga berjumpa lagi Puan Matilda Octopianus. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan dan jasa puan sepanjang berkhidmat di sekolah ini.








14 October 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBPT (2017)


Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2017 peringkat SK Batu Payong telah diadakan pada 14 Oktober sempena Hari Sukan Negara. Semua peserta terdiri daripada murid-murid tahap II dan kategori khas ibu bapa.

Seawal jam 7 pagi Pelajar mula berkumpul di dataran padang bagi sedikit taklimat keselamatan daripada guru pendidikan jasmani  kategori masing-masing.  Sedikit senaman pemanasan badan diadakan sebelum memulakan larian tepat pada jam 8 pagi.

Tahniah kepada semua pemenang. Semoga tahun yang seterusnya akan menjalankan aktiviti merentas desa dengan jayanya.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...