26 October 2018

SELAMAT DATANG USTAZAH NAZRATUL PANDI


Selamat datang ke SK Batu Payong buat ustazah Nazratul Binti Pandi yang akan menjalani tempoh percubaan sebagai guru "Interim" di sekolah ini. 

Ustazah Nazratul yang merupakan graduan lepasan Universiti Sultan Azlan Shah, pernah bersekolah di SMK Agaseh sebelum ini. 

Semoga pengalaman dan komitmen Ustazah Nazratul akan memberi suntikan semangat buat semua murid-murid dalam bidang pendidikan Agama Islam.
Selamat bertugas ustazah.

PROGRAM PASCA UPSR SKBPT (2018)


Sebuah Program selepas UPSR dijalankan khusus untuk murid Tahun 6 bagi mengisi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti berfaedah dan menarik. Antaranya adalah seperti pertandingan bola tampar dan futsal, mencari harta karun, peragaan fesyen, pertandingan memasak dan jual beli.




























25 October 2018

SUKANEKA PRA SEKOLAH SKBPT (2018)


Sukaneka Pra Sekolah SKBPT 2018 menampilkan persaingan yang lebih menarik antara pelajar-pelajar rumah Merah, Kuning, Biru dan Hijau. Selain pertandingan sesama murid, sukaneka kali ini diserikan lagi dengan penglibatan ibu dan penjaga. 
















24 October 2018

SELAMAT DATANG CIKGU SURIANI ARSHAT


Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas kepada guru baharu, Puan Suriani Arshat yang telah melapor diri di sekolah ini pada awal September lalu. Sebelum ini beliau pernah mengajar di SK Kuala Apas.

Cikgu Suriani akan menggalas tugas untuk mengajar subjek Matematik tahap satu dan akan membantu melonjakkan prestasi Numerasi di sekolah ini. 
Selamat menjalankan tugas cikgu.


22 October 2018

TAHNIAH - Peserta Eksplorasi Jom Jelajah Tawau 2018


Tahniah buat semua peserta SK Batu Payong yang terpilih mewakili sekolah dalam Aktiviti Eksplorasi Jom Jelajah Tawau 2018.




Sekitar suasana aktiviti jom jelajah Tawau:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...