SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SK. BATU PAYONG, TAWAU

Sekolah Kebangsaan Batu Payong telah dibina pada tahun 1962 dan telah dirasmikan pada 16 Januari 1962 oleh En. Kassim Ibong mantan pegawai Pendidikan Tawau dan juga merupakan guru besar pertama di sekolah ini. Pada ketika itu, tugas sebagai Guru Besar telah diamanahkan kepada O.T Junaidi Haji Abuban. Beliau telah melantik En. D.A Manaf Stang, En. Akil Abu Jalil dan En. Ajimuddin Noli untuk mengendalikan perkara tersebut.

Lokasi SK. Batu Payong berhampiran dengan kawasan pantai terletak di kawasan luar Bandar, lebih kurang 20 kilometer daripada pusat Bandar. Sekolah ini mempunyai hanya satu sidang sahaja iaitu sidang pagi. Murid sekolah ini datangnya dari empat buah kawasan yang berhampiran iaitu Kampung Batu Payong, Kampung Tinagat, Kampung Membalua dan Kampung Apas Parit. 98% daripada murid sekolah ini adalah beragama Islam. Latar belakang sosio ekonomi ibu bapa di sekolah ini adalah nelayan, buruh dan bekerja sendiri.

SK. Batu Payong mempunyai tiga blok akademik iaitu bangunan Pusat Sumber, kantin, bangunan Pejabat Am yang beserta dengan Bilik Guru, Bilik Guru Besar, Bilik Pemulihan, Bilik Makmal Sains dan juga Bilik Kemahiran Hidup. Sekolah ini juga mempunyai Balai Raya yang telah didermakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ), dan telah dijadikan sebagai Dewan Serbaguna. 

Sekolah ini juga mempunyai padang untuk perhimpunan pada setiap hari isnin dan Sukan Tahunan Sekolah. begitu juga dengan aktiviti yang berkaitan dengan KOKUM. 

Pada tahun 1991, sebuah bangunan Prasekolah telah dibina. Prasekolah memulakan operasinya pada tahun 1992. Ianya dilengkapi dengan kemudahan sebuah tandas, sebuah dapur dan kawasan permainan. Dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Bahagian Tawau Tuan Mohd. Ukong bin Usong pada 17. Oktober. 1998. Dan pada tahun 2008, dua bangunan tersebut telah digantikan dengan bangunan konkrit bagi keselesaan muridnya. Dan pada akhir tahun 2008, bagi perluasan kawasan Praskolah ditambah lagi dengan satu bangunan baru, dan jumlahnya telah bertambah sebnayak tiga buah. Dan mula beroperasi pada awal tahun 2009 ini.

Kini SK. Batu Payong mempunyai 35 orang guru termasuk pihak pentadbir. Kesemua guru adalah terlatih. Dan mempunyai empat orang KTBM serta tiga orang pekerja kebersihan. Beberapa orang guru besar telah berkhidmat di sekolah ini. Berikut adalah senarai Guru Besar SK. Batu PAyong sejak tahun 1962 sehinggalah sekarang.

1. En. Kassim Ibong - 1962 – 1965
2. En. Wasli Yusoff - 1966 – 1970
3. En. Abidin Kreah - 1971 – 1974
4. En. Kassim Ibong - 1975 – 1981
5. Tuan Haji S. Musa - 1982 - 1987 
6. En. AK. Omar Pg. Hj Duraman - 1988 - 1989
7. Tn. Hj. Jamal Sulaiman - 1999 – 2007
8. En. Ahmad Hakim Jaafar - 2008 - 2012
9. En. Abdul Maid Hamzah - 2012 - 2014
10. En. Ahmad Hakim Jaafar - 2014 - 2016
11. Pn. Hasmah bin Hamzah - 2016 sehingga kini

Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG ) di sekolah ini juga telah dibentuk bagi membantu sekolah dalam menceriakan dan meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka. Berikut adalah senarai nama Yang Di Pertua PIBG SK. Batu Payong sejak tahun 1992 sehingga kini:

1. En. Amat Salleh
2. En. MOhammad Oman
3. En. Amat Salleh
4. Tn. Hj Talib Ismail
5. En. Mat Salleh
6. En. Ibrahim Taimoi
7. En. Ak. Omar Pg. Hj. Duraman
8. En. Abd. Rasid Janudi
9. En. Hj Yusuf
10. Pn. Hasnah Junaidi - Sehingga kini 

Sejak tahun 2002, SK. Batu Payong telah dinaikkan taraf ke Sekolah Gred A. SK. Batu Payong adalah termasuk dalam Zon Bandar Selatan. Pada tahun 2003
, bangunan baru konkrit  Blok Akademik Tahun 4 hingga Tahun 6. Sebuah lagi projek kilat untuk Tahun Satu sudah digunakan. Ianya merupakan bangunan lama yang dibaik pulih. Dan sekarang Makmal Komputer sedang disiapkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...