12 October 2018

AKTIVITI JUAL BELI TAHAP II (2018)


Sebuah program ktiviti jual beli sebagai pendedahan awal perniagaan dan kewangan di kalangan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Selain dapat memupuk semangat keyakinan diri, program seumpama ini juga dapat melahirkan idea yang kreatif melalui kerjasama semangat berpasukan dan toleransi antara setiap kumpulan yang mengambil bahagian. 

Tahniah buat Panitia Rekabentuk Teknologi dan Maklumat yang menganjurkan program seumpama ini.








8 October 2018

PEMENANG KELAS BERSIH & CERIA BAGI BULAN OGOS (2018)


TAHNIAH BUAT PEMENANG KELAS BERSIH DAN CERIA BULAN OGOS 2018:

Pemenang tahap 1 = kelas 3 Amanah, 

Pemenang tahap 2 = kelas 5 Amanah. 

Semoga kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada kelas-kelas lain. Kebersihan melambangkan gaya hidup sihat.




5 October 2018

KEM BESTARI SOLAT BAHAGIAN II (2018)


Tahniah buat semua warga SKBPT  yang telah bersama-sama menjayakan Kem Bestari Solat buat kali kedua pada tahun ini. Semoga usaha ini akan melahirkan pelajar yang menjaga solat dengan tertib dan betul.












21 September 2018

SOLAT HAJAT UPSR (2018)


Terima kasih buat semua guru-guru, murid-murid, serta ibu bapa dan penjaga masing-masing yang bersama menjayakan solat hajat dan mendoakan kecemerlangan UPSR 2018. 
Semoga anak didik kita akan memperolehi keputusan yang cemerlang UPSR pada tahun ini.





















16 September 2018

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN (2018)


Aktiviti bulan Kemerdekaan peringkat SK Batu Payong 2018 akhirnya melabuhkan tirainya. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan  berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan patriotik seperti Pertandingan baju tradisi, nyanyian solo patriotik, deklamasi sajak tahap I, dan pertandingan Koir Tahap II.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...