30 July 2016

SAMBUTAN AIDILFITRI SKBPT 2016


Riang Ria aidilfitri SKBPT telah diraikan dengan penuh warna warni oleh seluruh masyarakat Kampung Batu Payong dan sekitarnya. Aktiviti tahunan ini dirancang oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengeratkan jalinan silaturrahim antara guru-guru, murid, ibu bapa dan masyarakat umumnya.

Jutaan terima kasih buat Yang DiPertua PIBG, Puan Hasnah Junaidi yang berusaha keras dari awal nbagi memastikan program seumpama ini dijalankan dengan jayanya.

Selain jamuan kuih muih dan juadah makanan minuman, pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti cabutan nombor bertuah, pertandingan baju raya tercantik bagi kategori murid, guru, dan ibu bapa, kad top up siapa cepat dia dapat, serta nyanyian lagi karaoke hari raya.



































Semoga berjumpa lagi dalam Sambutan Hari Raya tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...