1 September 2016

PERTANDINGAN KOIR KEMERDEKAAN SKBPT 2016


Bagi menyemai semangat patriotik cintakan negara dikalangan murid, setiausaha gerak kerja Ko-Kurikulum sekolah dengan kerjasama kelab Rukun Negara, Panitai Sejarah, serta Panitia Seni Visual telah menganjurkan sebuah program kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, pertandingan bercerita serta pertandingan koir tahap I dan Tahap II.

Kemuncak program ini adalah pertandingan Koir yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap I dan Tahap II. Syarat pertandingan telah ditetapkan di mana suara, pemakaian, persembahan dan penampilan perlu ada bagi setiap kelas yang ikut bertanding. Kelas 4 Amanah muncul juara dengan lagu patriotiknya yang berjudul "Iam For You". Lain-lain lagu patriotik yang menjadi taruhan adalah 31 Ogos, Jalur Gemilang, Kerana mu Malaysia, dan Malaysia Tanah airku.











Semoga program seumpama ini akan dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...