24 November 2016

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU BAHRIANI DAN CIKGU BIBI NORLIJANNAH

Bunga Kemboja putih berseri 
Putihnya melur diujung dahan 
Atas hubungan kerja serta pertolongan yang diberi 
Puji syukur serta terima kasih kami ucapkan.







Hari-hari terakhir persekolahan, sebuah lagi berita yang mengejutkan semua warga SKBPT apabila mendapat khabar berita dua orang guru harapan dapat berpindah ke sekolah pilihan mereka. Tidak terungkap dengan kata-kata, berita ini memang menyedihkan memandangkan ianya hadir setelah keputusan UPSR 2016 SKBP diumumkan cemerlang dengan jayannya.

Cikgu Bahriani telah berkhidmat di sekolah ini selama 10 tahun. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau seorang guru bahasa Inggeris yang rajin dan penuh berdedikasi. Sentiasa awal datang ke sekolah dan lewat pulang dari sekolah bagi memberi sepenuh komitmen kepada anak anak didik nya di sekolah. Selaku penyelaras Linus sekolah, terdapat peningkatan dalam kaedah membaca dan menulis bagi murid-murid tahap 1 yang lemah.

Manakala cikgu Bibi yang baru bertugas seawal tahun 2013, merupakan seorang guru Matematik tahun 6 yang banyak menyumbangkan khidmat dan sentiasa disayangi oleh anak didiknya. Beliau juga merupakan guru Pusat Sumber yang kreatif dan jitu membangunkan aktiviti-aktiviti pusat sumber . 

Cikgu Bahriani akan memulakan tugas awal tahun 2017 di SK Titingan Tawau, manakala cikgu Bibi akan bertugas di ST Mary Sandakan..

Tahniah dan syabas buat kedua orang guru ini. Salam kerinduan dan selamat bertugas d sekolah baru. Semoga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...