21 November 2017

PROGRAM APRESIASI SENI VISUAL & KESENIAN SKBPT (2017)


Manusia melahirkan sesebuah hasil seni melalui perasaan, pengalaman dan rangsangan dan dilahirkan melalui hasil seni. Seni terjelma daripada penjanaan fikiran yang kreatif. Bagi pengukir mereka melahirkan perasaan atau pengalaman pada hasil ukiran, manakala penyair pula merakamkan perasaan atau sesuatu mesej itu pada peyampaian dalam bait-bait sajak. Pada pelukis pula, mereka melahirkan mesej atau pengalaman melaui catan atau palitan warna pada permukaan kanvas.

Maka yang demikian, Hari ini satu lagi Program Mari Mewarna(Ceramah,kuiz dan pertandingan mewarna) diadakan sempena Program Apresiasi Seni Visual dan Pendidikan Kesenian peringkat SK.Batu Payong 2017 yang melibatkan kira-kira 300 orang murid. Di akhir program ini diharapkan murid-murid dapat menghargai kesenian yang ada dalam persekitaran.

Tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Seni Visual dibawal kendalian cikgu Shaiful Bahri Abidin.


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...