9 June 2017

SELAMAT DATANG GURU BAHARU (CIKGU NUR FATIHAH)



Cikgu Nur Fatihah LB Abdullah merupakan graduan dalam bidang Pengajian Melayu. Pernah berkhidmat di SK Brumas Tawau dan IPG Kampus Tawau sebagai Pegawai Pengurusan Praktikum sehingga tahun 2017. 

Kini bertugas di SK Batu Payong sebagai guru Bahasa Malaysia dan Penyelaras Pusat Sumber yang baharu.

Beliau aktif dengan pelbagai genre penulisan. Karya-karya seperti puisi dan cerpen tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan, majalah dan buku. Juga termuat dalam buku Antologi Cerpen Bersama hasil karya 50 orang Pengkarya Guru Malaysia dan 3 buah Antologi Puisi Bersama.

Cikgu Nur Fatihah juga adalah Ahli Ikatan Penulis Sabah dan ahli Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).

Semoga kehadiran cikgu Fatihah akan memberi harapan sinar baru buat murid-murid SK Batu Payong dalam pelbagai bidang. 
Selamat berkhidmat di sekolah ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...