21 September 2017

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SKBPT (2017)


Pelancaran bulan kemerdekaan 2017, "Negaraku Sehati Sejiwa" peringkat SK batu Payong akhirnya sampai ke penghujungnya. Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan di sini, berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan patriotik seperti Pertandingan fesyen baju jalur gemilang tahap I, dan pertandingan Koir Tahap II.

Guru Besar, Puan Hasmah Binti Hamzah, berkata sambutan kali ini dibuat besar-besaran dengan tema `Perpaduan dan Keharmonian', sejajar komposisi pelajar yang memakai baju pelbagai etnik pada pagi itu.

Sambutan Bulan Kebangsaan SK Batu Payong yang dianjurkan sejak 1 Ogos lalu dan ia adalah acara tahunan bagi menyemarakkan semangat patriotik serta cintakan negara dalam kalangan pelajar serta guru sepanjang bulan tersebut. Tahniah buat semua warga SKBPT.


















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...