23 July 2018

IKRAR ANTI DADAH MURID-MURID SKBPT (2018)



Sebuah majlis ringkas Ikrar Anti Dadah oleh murid-murid yanng dilakukan dihadapan semua guru ketika perhimpunan mingguan Hari Isnin.

Ini merupakan salah satu aktiviti penting dalam kalender Unit Pencegahan & Pendidikan Dadah (PPDa)
Ikrar antara lain merupakan suatu janji untuk menghindarkan diri daripada terlibat dengan dadah & gejala tidak sihat.

IKRAR ANTI DADAH WARGA PELAJAR

Bahawasanya kami, Pelajar-pelajar sekolah, amat sedar dan insaf, terhadap BAHAYA DADAH KEPADA, kesejahteraan hidup, pembangunan modal insan, dan Ketahanan Nasional.
Maka kami, sesungguhnya berjanji dan berikrar, akan :
Memelihara diri, keluarga dan rakan-rakan agar tidak terlibat dalam Penyalahgunaan Dadah
Memelihara diri, keluarga dan rakan-rakan agar tidak terlibat dalam apa juga bentuk Pengedaran dadah
Menyokong dan mengambil bahagian dalam apa juga usaha kerajaan dalam usaha Memerangi dadah






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...