21 February 2019

PROGRAM TITIAN KASIH SIRI 1 (2019) KELAS PEMULIHAN KHAS



Program Titian Kasih merupakan sebuah perjumpaan Khas bersama waris murid-murid Pemulihan Khas yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis, mengira.

Matlamat Program ini adalah untuk memastikan semua ibu bapa penjaga prihatin dengan prestasi pembelajaran anak-anak di rumah dengan harapan kesemua murid Tahap 1 berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi seawall tiga tahun d sekolah kecuali murid bekeperluan Khas. 

Sekalung terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan cikgu Murni Amboawi yang merupakan guru pemulihan SK Melati, merangkap Ketua Zon Pemulihan Khas Zon Merotai. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh semua ibu bapa yang hadir bagi mengeratkan lagi hubungan kerja berpasukan antara guru dan ibu bapa di rumaah.





































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...