24 November 2022

Acara Sukaneka Pra Sekolah dan Sukaneka kategori C (murid Tahun 1 dan 2)

24 NOVEMBER 2022 | KHAMIS


ACARA SUKANEKA 

Warna warni Acara Sukaneka Pra Sekolah dan Sukaneka kategori C (murid Tahun 1 dan 2). Syabas atas semangat yang ditunjukkan anak-anak kita. Kalah menang adat pertandingan kan. Jangan berputus harapan.

Ini adalah permulaan. Besar kelak, dapat mewakili rumah sukan masing-masing melalui acara padang dan balapan yang lebih mencabar.

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak cilik ini. Semoga mereka lebih bersemangat dengan hadiah dan trofi yang dimiliki

Nota :-

Kejohanan Sukan Tahunan Olahraga 2022 akan dilangsungkan pada 28-29 November (padang sekolah) dan 1 Disember (Kompleks Sukan Tawau).

Selamat bersukan buat semua.
















































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...