24 May 2017

GOTONG ROYONG MEGA BERSEPADU PERANGI AEDES SIRI 1 (2017)

Tarikh    : 24 Mei 2017 

Masa      : 8.00 pagi

Tempat    : Seluruh kawasan dalam dan luar SK Batu Payong Tawau

Taklimat ringkas oleh PK HEM En. Mazlan dan guru Disiplin cikgu Said

Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Puan Hasmah Hamzah
Gotong royong mega bersepadu perangi Aedes Siri 1 untuk pencegahan pembiakan nyamuk Aedes telah dijalankan dengan jayanya oleh seluruh warga SK Batu payong.

Program ini bermula jam 8.00 hingga 11.00 pagi melibatkan semua murid dan guru dan telah diagihkan mengikut kawasan tertentu seluruh sekitar kawasan sekolah. 

Antaranya kawasan luar pagar, belakang bangunan C, kawasan persekitaran blok B dan D, kawasan longkang, Pusat Sumber, setiap kelas serta kawasan bangunan bilik guru.

Objektif program ini adalah untuk menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat di samping dapat  memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan murid tentang pendidikan pencegahan demam denggi. 

Semoga aktiviti seumpama ini akan mewujudkan persekitaran SKBPT yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes

Kawasan bawah kelas



Belakang bangunan C



Kawasan banguann D



Dalam Pusat Sumber


Kawasan Pra Sekolah




Persekitaran bangunan bawah


Kawasan parit dan luar pagar sekolah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...