12 January 2018

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ASIAH IBRAHIM


MAJLIS PERSARAAN 
NAMAMU DIJULANG, JASAMU DIKENANG
CIKGU ASIAH BINTI IBRAHIM

TARIKH: 12 Januari 2018
HARI: Jumaat
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA SK BATU PAYONG

Sebuah majlis persaraan buat cikgu Asiah yang bakal berpisah dengan semua warga SK Batu Payong. Sebagai makluman, Cikgu Asiah telah berkhidmat selama 38 tahun dalam dunia pendidikan. 

Di SK Batu Payong, beliau telah menabur bakti selama 15 tahun. Bermula tahun 2003, cikgu Asiah telah menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan KO-KUM sebelum bertukar jawatan ke Penolong Kanan HEM pada tahun 2013. 

Setelah sekian lama, beliau akhirnya menjadi guru biasa pada tahun 2016 sehingga tamat perkhidmatannya pada tahun ini.

Terima kasih cikgu Asiah
Di dunia pendidikan engkau bertahan
Mengajar anak didik kita tentang kehidupan
Gelanggang pendidikan diri diperhambakan
Modal insan jadi janaan
Memacu kejayaan di arena pendidikan
Hingga ke satu detik bernama PERSARAAN

- sekitar gambaran majlis persaraan cikgu Asiah Ibrahim-
v
v
v
v






Cikgu Asiah menandatangani buku kedatangan buat kali terakhir.





Ucapan oleh wakil murid tahun 6

Ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan KOKUM puan Noriani Manah














Lambaian Terakhir Cikgu Asiah.. Jasa mu akan sentiasa dikenang sepanjang zaman.

Terima kasih cikgu Asiah
Terima kasih berkali lagi
terima kasih sekalung budi
TERIMA  KASIH
TERIMA KASIH CIKGU

Semoga berjumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...