26 September 2021

JASA MU AKAN DIKENANG PUAN HASNAH BINTI JUNAIDI

 


Sempena majlis pembubaran PIBG sesi 2019-2021 yang lalu, mantan Pengerusi PIBG yang paling lama memegang jawatan ini iaitu puan Hasnah Junaidi secara rasminya telah mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada Pengerusi PIBG yang baru iaitu Encik Hazman Hakim.

Untuk makluman bersama, beliau sebelum ini telah memegang jawatan naib Pengerusi PIBG pada sesi 2010-2013, sebelum dilantik menjadi Pengerusi PIBG ini selama 3 penggal lamanya sehingga ke sesi pembubaran Ahli Jawatankuasa baru-baru ini.

Sepanjang 8 tahun di sekolah ini, beliau lebih dikenali seorang Pengerusi yang tegas, berani, dan komited dalam setiap tugas yang diberikan. 

Seorang pemimpim yang sentiasa disenangi oleh semua pihak, berkeyakinan tinggi, berani menegur, turun padang membantu pihak sekolah, sentiasa mempamerkan kemesraan dengan semua guru, kakitangan, dan ibu bapa dan bermacam-macam lagi sumbangan yang sukar untuk diungkapkan.

Semoga kecekalan dan kegigihan beliau di sekolah ini akan memberi sumber kekuatan baru untuk tugas yang lebih mencabar sebagai Pengerusi PIBG yang baru. 

Semoga berjumpa lagi puan Hasnah binti Junaidi. Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala sumbangan sepanjang berkhidmat dalam persatuan ini. Mohon maaf andai ada silap dan salah.

Putera paduka pasang pelita

Pelita dibawa pergi ke pekan

Berpisah jua akhirnya kita

Terkasar bahasa harap maafkan

Gambar di bawah menunjukkan Puan Hasnah Junaidi diberi penghormatan oleh Guru Besar puan Hasmah Hamzah dan beberapa orang guru untuk menanam pokok Mangga sebagai simbolik kenang-kenangan di sekolah ini.











Terima kasih puan Hasnah Junaidi. Jasamu akan dikenang, Baktimu akan dijulang. Semoga kita berjumpa lagi.

Gambar kenang kenangan bersama Guru Besar



Warga SKBPT mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jasa dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di sini. Panjang umur berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...