25 September 2021

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK BATU PAYONG SESI 2021-2023

Tanggal 25 September 2021, Mesyuarat Agung PIBG SKBPT sesi 2021-2023 telah berlangsung melalui atas talian 'google meet' di kediaman masing-masing. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam DSP Abu bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Adun N.68 Sabah dan Ketua Bersatu Bahagian Tawau. 

Mesyuarat Agung PIBG ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi PIBG sesi 2018-2021 iaitu puan Hasnah Binti Junaidi dan dikelolakan oleh puan Guru Besar, puan Hasmah binti Hamzah.  


Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengacara Majlis cikgu Nur Fatihah Luciana, nyanyian lagu 'Negaraku' diikuti oleh bacaan doa oleh Ustaz Aizat Bisnu.  Seterusnya ucapan perasmian oleh YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam DSP Abu bakar Titingan yang menyeru agar semua ahli Persatuan Ibu dan Bapa sekolah ini aktif dalam membantu pihak sekolah terutama dalam zaman Pandemik yang kian mencabar ini. 

Pengacara majlis cikgu Nur Fatihah
Pengacara Majlis, cikgu Nur Fatihah

Ucapan perasmian oleh YB Kolonel Kehormat (PA) Datuk Haji Nizam DSP Abu bakar Titingan

Acara diteruskan dengan ucapan oleh puan Guru besar, ucapan Yang diPertua PIBG puan Hasnah Junaidi, seterusnya pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat PIBG yang lepas, laporan kewangan dan pembentangan usul-usul yang berkaitan. Ibubapa yang hadir dalam talian google meet ini juga diberi peluang untuk memberi  usul-usul Ini bertujuan untuk membincangkan usul-usul yang telah disuarakan seterusnya melaksanakan usul-usul tersebut sekiranya bersesuaian. 


Ucapan oleh YDP PIBG puan Hasnah Junaidi


Ucapan oleh puan Guru Besar puan Hasmah Hamzah

Laporan kewangan oleh Bendahari Sekolah


Berikutnya sesisi pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2021. YDP PIBG mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua bekas ahli PIBG yang terlibat atas komitmen dan usaha keras sepanjang tahun yang mencabar ini. 

Seterusnya, acara pemilihan dan pelantikan AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2021/2021 yang telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan KOKUM encik Adzran Yakob. Beliau telah membentangkan kepada hadirin senarai AJK PIBG terbaru yang telah dilantik melalui undian Google Form yang telah diedarkan sebelum ini. Berikut merupakan senarai AJK PIBG sesi 2021-2023.

En. Adzran mempengerusikan perlantikan AJK PIBG baru.


Senarai AJK Induk

senarai AJK Ibu bapa dan guru

Secara rasminya Encik Hazman Hakim telah menjadi Pengerus PIBG yang baru. Manakala puan Salmiah Usman dilantik sebagai Naib pengerusi. 




Tahniah diucapkan kepada semua barisan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sesi 2021-2023 yang telah dilantik. Pengerusi PIBG yang baru Encik Hazman mengucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk menerajui kepimpinan PIBG kali ini. Salah satu usul bersetuju mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM35.00 bagi setiap ibu bapa.
Acara cabutan nombor bertuah juga turut diselitkan secara berselang seli dalam majlis ini.

Akhir sekali,selepas agenda hal-hal lain,ucapan penangguhan telah dibuat oleh YDP PIBG. Majlis ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...