1 August 2017

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKBPT 2017


Pelancaran bulan kemerdekaan 2017, "Negaraku Sehati Sejiwa" Peringkat SK Batu Payong diadakan di Padang sekolah dan disempurnakan secara rasminya oleh Guru Besar sekolah puan Hasmah Hamzah. 

Program diteruskan dengan beberapa buah rangkaian lagu patriotisme antaranya Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku. 





Berikut adalah program yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. 

1. Pertandingan Mewarna Tahap I
2. Pertandingan Koir Tahap II
3. Deklamasi sajak kemerdekaan
4. Pertandingan baju patriotik.
5. Kibar Jalur Gemilang

Selain aktiviti sekolah, persekitaran sekolah juga telah dihiasi dengan pacakan bendera Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di setiap penjuru sekolah.














Semoga program yang bakal dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid SK Batu Payong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...