13 August 2017

TAHNIAH ADIK NORELLY DIANA ABDUL MANAN



Tahniah buat adik Norelly Diana (8 tahun) kerana berjaya mendapat johan Kategori A Pertandingan Karaoke Idola Kecil Musim Ke-2 anjuran McDonald's jalan Apas Tawau. 

Adik Norshelly mempamerkan aksi memukau penonton dan juri dengan mendendangkan lagu dangdut "Perawan atau Janda".  Beliau membawa pulang sebuah hadiah Trofi, sijil penyertaan dan sebungkus hamper.

Selain adik Norelly, pihak sekolah juga telah menghantar beberapa wakil pelajar seperti adik Nurain, adik Arshad Izwan, dan adik Irfan. Tahniah kerana membawa nama sekolah dalam pertandingan tersebut. 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...