25 August 2017

PROGRAM BAKTI SISWA BERSAMA CALON UPSR SKBPT (2017)



Sebuah program suntikan semangat kepada adik-adik yang bakal menduduki UPSR tahun ini. Seramai 8 Graduan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bertandang ke SK Batu Payong bagi memberi ceramah motivasi sebagai persiapan menjelang peperiksaan yang bakal berlangsung pada 11-13 September ini.

Antara pengisian program adalah seperti latihan dalam kumpulan,slot motivasi,tayangan video dan aktiviti. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk memupuk kemahiran insaniah dalam jiwa pelajar di samping dapat mempertingkatkan  kesedaran peranan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan penting dalam kerjaya mereka sebagai pelajar.










Semoga program ini bakal memupuk keyakinan diri pelajar serta kesungguhan untuk belajar ke tahap yang lebih tinggi. Warga SK Batu Payong mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan kesemua graduan ini. 
Tahniah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...