30 May 2012

EMK : Keusahawanan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2

video

Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) jika dalam KBSR dikenali sebagai Pengisian Kurikulum . EMK yang sedia ada dalam KBSR antaranya;
a) Bahasa
b) Pendidikan Alam Sekitar
c) Nilai Murni
d) Sains dan Teknolongi
e) Patriotisme
f) Kemahiran Berfikir
g) Kepimpinan
h) Kemahiran Belajar Cara belajar
i) Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
j)Pencegahan Rasuah
k)Kajian Masa Depan
l)Pendidikan Pengguna
m) Keselamatan Jalan Raya

Terdapat dua Elemen yang ditambah dalam KSSR iaitu ;
a) Kreativiti dan Inovasi
b) Keusahawanan
c) Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK)

ELEMEN  KEUSAHAWANAN (EK)

Matlamat

1) Membentuk ciri - ciri  dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
2) Ia diterapkan melalui aktiviti - aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam proses membudayakan keusahawanan.

Objektif 

1) Mengamalkan sikap keusahawanan;
2) Mengamalkan cara berfikir  ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan;
3) Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan asas jual beli yang mudah dalam aktiviti kehidupan seharian yang releven.
4) Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan serta kemahiran teknolongi dan vokasional
5) Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.

Fokus
Terdapat lima Elemen Keusahawanan  ( EK ) iaitu;

EK1 - Mengamalkan sikap keusahawanan
EK2 - Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan
EK3 - Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran asas jual beli
EK4 - Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknolongi dan vokasional
           keusahawanan
EK5 - Nilai moral dan etika keusahawanan

Pendekatan 
Tiga pendekatan penerapan  Elemen Keusahawanan (EK);

a) Pendekatan Penyebatian
b) Pendekatan Pengintegrasian
c) Pendekatan Pengaplikasian

Untuk maklumat lanjut dan memahami Elemen Keusahawanan ini , semua guru boleh merujuk pada Bahan Sokongan KSSR iaitu Buku Panduan Keusahawanan  yang boleh didownlond di Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Catatan Perkongsian Ilmu;
Jamilah Dullah
Guru Bahasa Malaysia Tahun 2


2 comments:

  1. tahniah usaha anda..

    ReplyDelete
  2. bagus utk pengetahuan kurikulum baru kssr.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...