9 May 2012

Kepentingan Main Dalam Pembelajaran Kanak- kanak



Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak - kanak. Melalui teknik ni juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan.Dengan bermain juga kanak - kanak akan menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal serta penguasaan daripada segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Kamus Dewan Terkini menjelaskan ; main merupakan sesuatu yang dilakukan untuk bersenang- senang atau bersuka-suka dengan menggunakan alat- alat tertentu atau tidak.

Menurut Fromberg (1987), secara umumnya main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, suka rela dan bermotivasi intrtinsk, mempunyai peraturan dan berbentuk episodik. Sering kali main dikatakan antonim kepada kerja atau belajar.

Pendekatan belajar melalui bermain juga mampu menggalakan kanak-kanak untuk berintegrasi, berimaginasi, berdaya saing, berinovasi dan memupuk sikap ingin tahu bukan saja terhadap diri tetapi juga terhadap persekitran mereka.Main dalam pembelajaran  seseorang kanak-kanak seharusnya boleh menjadi sebagai;

i) satu proses belajar, iaitu proses untuk menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial.

ii) kuasa merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan lawan, menang atau kalah.

iii) fantasi berkait rapat secara langsung dengan bermain sebagai kemajuan, kedua-duanya melibatkan kanak - kanak.

iv) untuk mencungkil dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan imaginatif.

v) mengutamakan kualiti pengalaman main itu sendiri, bukannya hasil daripada bermain. Kualiti main yang melibatkan pengalaman intrinsik dalam diri pemain.

Oleh itu , kita perlu menyediakan bahan yang releven dalam sesuatu permainan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran awal kanak- kanak lebih bermakna. Permainan yang dirancang dengan teliti akan membantu perkembangan awal kanak- kanak supaya mencapai objektif yang dirancang dalam pembelajaran mereka.

Catatan Perkongsian Ilmu;
Jamilah Dullah





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...