27 May 2012

Majlis perpisahan cikgu Norhaya



Cikgu Norhaya merupakan guru ganti kepada cikgu Sharifah Rodzhiah yang mengambil cuti bersalin selama 3 bulan. Sepanjang khidmat sebagai guru ganti di sekolah ini, berbagai-bagai sumbangan yang telah beliau curahkan terutama pada malam perkemahan Unit Beruniform.

Kini tibalah masa yang dinantikan, khidmat cikgu Haya sebagai guru ganti akhirnya sampai ke penghujungnya pada 25 Mei 2012 (Jumaat) lalu.

Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala komitmen dan jasa yang ditaburkan oleh cikgu Haya selama 3 bulan ini. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. 

Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...