2 May 2012

GELOMBANG BUNYI DAN MANUSIA

Murid Tahun 1 2012
         GELOMBANG BUNYI DAN MANUSIA ~ Dr. Jaffry Hassan
Terapi Bunyi-Bunyian
■Bunyi dihasilkan daripada getaran.

■Sesuatu objek bergetar menyebabkan udara di sekelilingnya turut bergetar.

■Getaran udara menghasilkan gelombang bunyi.

■Bunyi adalah suatu komunikasi dalaman tubuh yang menghantar isyarat senyap (niat) dalam gelombang yang paling telus di dalam air (darah)

Manusia sebenarnya mempunyi keupayaan menerima berbagai bentuk isyarat dan seharusnyalah ia bijak menganalisa dan menapis unsur-unsur gelombang yang boleh merbahayakan diri mereka(bunyi umpatan,fitnah,adu dhomba dan sebagainya). Manusia yang sentiasa hening, tenang, tenteram dan damai lebih terselamat dan terhindar daripada pencemaran pelbagai gelombang bunyi yang merbahaya.

Kerohanian yang sihat ini dapat menukar berbagai frekuensi gelombang yang merbahaya atau mengasingkan isyarat elektrik yang melalui gelombang dan menukarkannya kepada gelombang bunyi.

Sifat gelombang bunyi ini akan lebih kekal terperangkap di dalam tanah kerana ia mempunyai kombinasi unsur atom yang sama. Tulang tidak akan musnah di dalam tanah kerana ia mempunyai kombinasi unsur atom yang sama. Tulang juga sebagai perakam segala maklumat aktiviti kita di dunia dan akan dibentangkan semula di akhirat. Tulang dalam rahsia bunyi juga akan menghasilkan kristal.

Sifat gelombang bunyi inilah juga yang menguasai tenaga semula jadi tubuh manusia. Tidak menghairankan jika seseorang yang mengalami penyakit kerohanian telah dikuasai oleh gelombang elektrik yang secara tiba-tiba mereka terdedah kepada unsur gelombang yang sepatutnya tidak boleh didengar, dilihat atau dihidu. Tetapi gelombang pesakit istimewa ini didapati sering diganggu dengan bau-bauan yang menyeramkan. Setiap kali ia cuba mencari keheningan dalam ibadahnya, maka ketika itulah ia mendengar berbagai bisikan yang menyuruh ia melanggar berbagai hukum Pertimbangan Sunnah dan hukum kemanusiaan. Tidak menghairankan sehingga ternampak sesuatu yang menakutkan.

Ada pendapat mengatakan bahawa ini adalah anugerah istimewa kepada orang-orang yang terpilih sahaja. Sebenarnya cas-cas elektrik terlalu banyak mengalami kebocoran di dalam tubuh dan gelombang bunyi merosot secara mendadak. Individu yang sakit atau terganggu seperti ini begitu sensitif sehingga mudah merasakan seperti ada tenaga elektrik yang mengalir pada bahagian tertentu di dalam tubuhnya. Berbagai kejutan dialaminya yang menganggu sistem saraf di otak si pesakit. Tanpa gelombang bunyi sebagai unsur yang dihasilkan oleh dan secara semula jadi sudah pasti dunia ini senyap sunyi dan sepi. Sebaliknya telinga tetap diganggu dengan dentuman dan hingar-bingar seperti tidak keruan.
Murid Tahun 4 ( Bilik KH)
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...