23 April 2012

Cerita Perkhemahan SKBP 2012



Bukalah mata hati untuk merenung seketika mengenai erti sebuah pengorbanan yang tergambar dalam layar cerita pendek ini. Pengorbanan adalah suatu bentuk pemberian secara menyeluruh. Dalam sebuah lirik lagu P. Ramlee ada menyatakan " Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa....."
Dalam pengertian lain, pengorbanan akan nampak kesannya apabila muncul kesedaran untuk sentiasa memperbaiki tingkah laku supaya lebih baik. Contohnya , dalam aktiviti perkhemahan ini , seseorang itu diajar untuk mengorbankan rasa selesa makan di rumah , di sini bawah matahari yang terik mereka beratur untuk mengambil makanan.
Bukan sahaja  murid tetapi para guru juga turut mengorbankan sedikit masa bersama keluarga untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Inilah yang dinamakan pengorbanan , hanya mereka yang mempunyai hati nurani sahaja yang sanggup menyahut makna sebuah pengorbanan.
Kesanggupan meluangkan masa melayani orang lain adalah langkah pengorbanan yang dapat memupuk kasih sayang sesama insan.Inilah yang dikatakan memberi tanpa meminta balasan atau dengan kata lain memberi tanpa syarat. 
Pengorbanan yang tulus tidak semestinya berbalas dengan bayaran yang setimpal, malah kadang kala sehingga ke akhir hayat pun kita tidak dapat melihat ataupun menerima balasannya.Tetapi kita perlu ingat, pengorbanan adalah ungkapan kesyukuran untuk kita berkongsi dengan orang lain kerna kita menerima kurnia kasih sayangNya dalam setiap sendi kehidupan.
Setiap pengorbanan yang baik dan pengorbanan yang dilakukan tidak akan luput daripada pengelihatan Allah SWT kerana Allah SWT sahaja yang mampu memberi balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan.

Renungan Dari Hati :
Jamilah Dullah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...