16 April 2012

GAMBARAN AKTIVITI SIANG PERKEMAHAN UB 2012


DENGAR ARAHAN

"Selamat pagi tuan."

"Kami daripada kumpulan Power Rangers, dengan kekuatan anggota seramai 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan, bersiap sedia untuk menerima arahan seterusnya".




"Siap sedia untuk menerima arahan??? Kamu nampak ka barisan kumpulan kamu tu berterabur?? Masih adalah lagi ahli kamu yang bermain-main di belakang???"



Bila arahan Kem Komandan tidak dipatuhi, macam gini lah dendanya. 
v

Semua peserta kena belajar untuk lebih berdisiplin sepanjang Program perkemahan ini berlangsung..

"Faham tuan".


"Kami baris la betul-betul. Tak pasal-pasal aku yang kena denda. Ini yang aku malas jadi ketua kumpulan ni. Huhu"


Alhamdulillah, segalanya nampak berjalan dengan lancar. Para peserta kini lebih berdisiplin, berkeyakinan dan lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti perkemahan dengan lebih jitu dan mematuhi arahan.


MASA UNTUK SENAMROBIK

Senamrobik ala Yoga... Tarik nafas dalam-dalam

Ini adalah salah satu gaya bila mengigau tengah malam. Boleh juga menakutkan pocong yang datang menggganggu. Hahaha

Ini pula gaya untuk jadi Ultraman, Power Rangers, dan ala Kamen Raider. 
Siap sedia untuk bertukar. Haipss (",)

Alahai dondang-dondang sayang..

Alhamdulillah, aktiviti cergas pagi menceriakan hari permulaan dengan aktiviti-aktiviti seterusnya dengan lebih bersemangat waja.
Terima kasi sigu-sigu praktikum yang datang membantu.


MASA UNTUK MAKAN

"Baris lurus-lurus. Semuanya akan dapat makan.."

"Lambatnya orang depan ni. Lapar daahhh..."

"Kita mesti makan banyak-banyak. Nanti cepat tu kita lapar balik"

Aalahiiiii comeyy nyaaaaa...

"Inilah manusia. Tak pasal-pasal aku juga yang makan sisa-sisanya.. Huhu".

BERMULANYA AKTIVITI

"Jom kawan-kawan. Kita berpecah. Cari kayu api banyak-banyak." 

"Mancis kayu ada dua batang ja ni. Pasang la api betul-betul. Nanti kena denda lagi kita."

"Kalau di rumah mak aku yang buat uli tepung dan masak segala ni. Eee, nyampahnyaa.."

"Kamu nak makan??? Memang sedap punyaa... Nyummmiii"

"Mudah-mudahan la makanan kita masak semasaknya.."

"Kan cikgu dah kata. Kena masak telur api biarlah besar. Tengok ni, Telur masih mentah"

"Sekarang cikgu mahu kamu makan masakan kamu ni. 
Haaa, makan jangan tak makan.. Hihi"

"Wuuiii, nampak sedap plak kamu makan ni. Mintak cikgu sikit yaa... Nyummmm.."

Tahniah buat Penolong Kanan 1 kami en Suhaidi kerana turun padang datang membantu para peserta. Agios amigos

"Siapa nak jadi penyanyi utama malam kebudayaan nanti?? 
Angkat tangannn...."

"Aduiii, belum lagi aku letak telur ni, minya panas sudah memercik-mercik... arrgghhh!!!"

Yaaa, ustazah-ustazah pink belajar untuk menari poco-poco.. Hehehehe

"Macam mana bah step dorang ni. Aku ke gerak ke kiri, dorang gerak ke kanan plak.. Pening-pening..."

Tiba lah masanya untuk kita menunaikan solat maghrib dan Isya berjemaah bersama-sama. Sambil-sambil kita menghayati tazkirah yang disampaikan oleh ustaz. Semoga amalan kerohanian kita akan lebih tersemat di dalam diri.

ENTRI SETERUSNYA AKAN MENYUSUL DENGAN 
"AKTIVITI-AKTIVITI MALAM KEBUDAYAAN" 
DENGAN PELBAGAI GAMBAR-GAMBAR YANG MENARIK YANG TELAH DIAMBIL OLEH JURUFOTO-JURUFOTO PREFESSIONAL SK BATU PAYONG.


SELAMAT MALAM, PAGI DAN PETANG SK BATU PAYONG

4 comments:

  1. Hhahaha...very happening post cikgu Jumadil...

    ReplyDelete
  2. cantik...menanti aktiviti malam kebudayaan

    ReplyDelete
  3. seronok baca dan tengok gambar2 aktiviti UB SKBPT 2012 ni..semoga entri seterusnya lebih menyeronokkan..tahniah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...